awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan warga emas rasa selamat mengundi dalam kelaziman baharu

Fareez Azman
Fareez Azman
04/07/2020
04:52 MYT
Golongan warga emas rasa selamat mengundi dalam kelaziman baharu
Bagi Memwok Sulong, mengundi dengan cara kelaziman baharu itu memberi keyakinan buatnya untuk turun mengundi. - Astro AWANI
Proses membuang undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Sabtu menyaksikan para pengundi menjalankan tanggungjawab mereka mengikut konsep kelaziman baharu.
Langkah itu selaras dengan ketetapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu semua pihak patuh pada prosedur operasi standard (SOP).
Bagi seorang warga emas yang mengundi di Felda Chini 2, Noriza Idris, 60, kelaziman baharu itu membuatkan dirinya rasa selamat ketika melaksanakan tanggungjawab meskipun berasa kurang selesa.
“Normal baharu ini beza sangat dengan sebelum ini (pengundian). Mak cik cuma rasa tidak selesa apabila pakai sarung tangan, tapi mak cik rasa selamat,” katanya.
Noriza yang mengalami serangan strok sejak tiga tahun lalu itu tiba menaiki kerusi roda di Pusat Pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Chini 2 kira kira jam 9.45 pagi tadi.
Noriza Idris rasa selamat membuang undi. - Astro AWANI
Noriza Idris rasa selamat membuang undi. - Astro AWANI
Pengalaman sama diceritakan Memwok Sulong, 57, pengundi di Felda Chini 3. Baginya, mengundi dengan cara kelaziman baharu itu memberi keyakinan buatnya untuk turun mengundi.
“Ya, mengundi cara baharu ini sebenarnya saya rasa biasa saja. Tapi bila ada normal baharu rasa selamat sebab saya warga emas,” katanya selepas mengundi di Dewan Semai Bakti Felda Chini 3 pada Sabtu.
Pengundi Pilihan Raya Kecik (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini diwajibkan menggunakan pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial, dan mensanitasi tangan.
Malah setiap pengundi perlu mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera sebelum meninggalkan pusat mengundi.
Sementara itu, pengundi yang bergejala atau tidak sihat, dibenarkan mengundi di dalam khemah khas dijaga oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Topic Berkaitan
#Chini Memilih
#COVID-19
#DUN Chini
#pengundi
#politik
#PRK
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan