awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google DeepMind, OpenAI capai skor tinggi di Olimpiad Matematik Antarabangsa

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2025
04:40 MYT
Google DeepMind, OpenAI capai skor tinggi di Olimpiad Matematik Antarabangsa
Dua sistem AI, Google DeepMind dan OpenAI, mencipta sejarah dengan meraih pingat emas dalam International Mathematical Olympiad (IMO) 2025. -Amanz
DUA sistem kecerdasan buatan (AI) terkemuka — Google DeepMind dan OpenAI — mencipta sejarah apabila meraih pingat emas pada acara International Mathematical Olympiad (IMO) tahun ini.

Ringkasan AI
  • Dua sistem AI, Google DeepMind dan OpenAI, mencipta sejarah dengan meraih pingat emas dalam International Mathematical Olympiad (IMO) 2025.
  • DeepMind menjawab lima daripada enam soalan, manakala model eksperimen OpenAI turut menunjukkan prestasi cemerlang, hanya dikalahkan oleh 26 peserta manusia.
  • Pencapaian ini dilihat sebagai permulaan era baharu di mana AI mula menyaingi dan mungkin mengatasi keupayaan intelek manusia dalam pertandingan matematik berprestij.

Pertandingan berprestij yang menampilkan minda-minda muda paling cemerlang dalam bidang matematik itu berlangsung selama dua hari.
Setiap peserta berusia bawah 20 tahun diberi enam masalah matematik kompleks melibatkan cabang seperti algebra, geometri, teori nombor, dan kombinatorik.
Google DeepMind berjaya menjawab lima daripada enam soalan, peningkatan ketara berbanding pencapaian tahun lalu yang menyaksikan mereka meraih pingat perak dengan 28 mata.
OpenAI turut cemerlang melalui model eksperimen Large Language Model (LLM) yang dibangunkan untuk menjurus ke arah konsep Artificial General Intelligence (AGI).
Menurut laporan, hanya 26 daripada ratusan peserta manusia yang mencatatkan skor lebih tinggi daripada kedua-dua sistem AI tersebut.
Beberapa peserta menyifatkan pencapaian ini mungkin menjadi titik akhir dominasi manusia dalam acara IMO, menandakan era baharu di mana AI mula mengatasi daya intelek konvensional dalam bidang matematik kompetitif.
Topic Berkaitan
#Google
#Deepmind
#OpenAI
#International Mathematical Olympiad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan