SAN FRANCISCO: Kerajaan Malaysia dan Google hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan dalam ekonomi digital yang sedang berkembang pesat.
Gandingan kerjasama itu bermatlamat untuk membantu perniagaan dari semua saiz memajukan daya saing digital mereka melalui program kemahiran, pelaburan dalam infrastruktur digital, inovasi kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab dan dasar mengutamakan awan, kata Google dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
"Komitmen terbaharu Google ini yang bertujuan untuk mempercepat inovasi tempatan dan pembangunan tenaga kerja dalam bidang AI, pastinya akan meningkatkan daya saing digital negara, selaras dengan Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030)," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Rangka Kerja Ekonomi MADANI Malaysia disasarkan untuk meningkatkan saiz ekonomi Malaysia, serta memastikan semua pihak berkepentingan terutamanya rakyat dan perniagaan kecil dapat menikmati faedah sosio-ekonomi seterusnya, katanya.
Google berkata inisiatif terbaharu itu adalah bersandarkan kepada pelaburannya di Malaysia sejak 12 tahun lepas.
Pada 2022 sahaja, produk dan program syarikat itu menyokong lebih 47,900 pekerjaan dan turut menyumbang sama ada secara langsung dan tidak langsung kepada perniagaan tempatan dengan manfaat ekonomi bernilai kira-kira US$2.8 bilion.
“Perkongsian yang kami umumkan hari ini dengan Kerajaan Malaysia menyelaraskan misi tempatan Google untuk memajukan Malaysia dengan matlamat kerajaan bagi mewujudkan ekosistem yang menyokong inovasi termasuk peluang pekerjaan yang saksama,” kata Presiden Ketua Pegawai Pelaburan, Ketua Pegawai Kewangan, Alphabet dan Google, Ruth Porat.
Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Zafrul Aziz mengalu-alukan sumbangan berterusan Google kepada rakyat Malaysia dan perniagaan tempatan, terutamanya melalui program yang membimbing tenaga kerja mahir dan membantu perniagaan kecil negara berkembang ke peringkat serantau.
“Selain menyokong pencapaian misi NIMP 2030, kerjasama ini juga akan meningkatkan keseluruhan daya saing global Malaysia kepada pelabur asing. Kementerian Pelaburan, Perdagangan Industri (MITI) dan agensinya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan melakukan yang terbaik untuk memudahkan rancangan pelaburan Google di Malaysia,” katanya.
Peluang Peningkatan Kemahiran Inklusif kepada 300,000 rakyat Malaysia menjelang 2026
Untuk menyediakan lebih banyak peluang latihan digital kepada rakyat Malaysia dari semua latar belakang, Google Cloud, CloudMile dan Trainocate menyediakan lima kaedah pembelajaran digital tanpa sebarang kos.
"Kaedah pembelajaran itu yang boleh diakses menerusi program Go Cloud yang bertujuan untuk menambah kemahiran 300,000 rakyat Malaysia menjelang 2026 terdiri daripada kursus secara dalam talian untuk membantu individu menggunakan AI generatif (gen AI), analitik data dan alat produktiviti berasaskan awan dengan lebih baik lagi.
Mereka yang melengkapkan lima kaedah pembelajaran akan memperoleh lencana kemahiran digital yang boleh mereka kongsikan dalam resume mereka dan melanjutkan akses 30 hari kepada lebih banyak kaedah pembelajaran tanpa sebarang kos.
Google berkata program ini adalah berasaskan kepada Gemilang, program latihan digital yang telah menyediakan 31,000 biasiswa Sijil Kerjaya Google kepada individu kurang bernasib baik dengan kerjasama institusi pendidikan dan badan bukan keuntungan.
"Ini membantu rakyat Malaysia memperoleh pensijilan profesional--tanpa sebarang kos--untuk pekerjaan peringkat permulaan dalam bidang permintaan tinggi seperti analisis data, sokongan teknologi maklumat (IT) serta e-dagang dan pemasaran digital." katanya.
Selain itu, kerajaan dan Google Cloud akan memulakan inisiatif bersama landas pelancaran AI untuk mencipta pekerjaan baharu, meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dan membantu syarikat tempatan meneroka pasaran global.
Google juga akan menyokong penambahbaikan Dasar Awan Pertama kerajaan yang sedia ada bagi Malaysia, menyumbang kepakaran dasar dan Rangka Kerja AI Terjaminnya untuk bergerak seiring dengan kemajuan terkini dalam pengkomputeran awan dan AI.
Ini mengukuhkan usaha kerajaan untuk mengutamakan penggunaan perkhidmatan awan yang berdaya tahan, cekap kos dan dipacu inovasi berbanding sistem di premis yang berintensif modal, sambil menyelaraskan dengan amalan terbaik global bagi privasi data dan piawaian keselamatan.
--BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
![Google, Kerajaan Malaysia jalin kerjasama strategik sasar cipta 300,000 peluang pekerjaan menjelang 2026 Google, Kerajaan Malaysia jalin kerjasama strategik sasar cipta 300,000 peluang pekerjaan menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700099606_TBANWARIBRAHIM.jpg)
Anwar menyaksikan pertukaran MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Wira Arham Abdul Rahman (empat, kiri) dan Ruth Porat (lima, kanan) di San Francisco, 15 Nov 2023. -- fotoBERNAMA
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
![Google DeepMind kini boleh selesaikan masalah matematik kompleks Google DeepMind kini boleh selesaikan masalah matematik kompleks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721981398_GoogleDeepMind.jpg)
Google DeepMind kini boleh selesaikan masalah matematik kompleks
Google mengumumkan bahawa dua daripada model AI DeepMind mereka kini dapat menyelesaikan beberapa masalah matematik kompleks.
![Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721981020_AplikasiGoogleGem.jpg)
Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia
Melalui kemas kini terbaharu juga, ia dilihat telah mula memahami input bahasa Malaysia.
![Google perkenal Collections di Play Store, aplikasi dikumpul dalam satu widget Google perkenal Collections di Play Store, aplikasi dikumpul dalam satu widget](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721882736_GooglePlayStoreCo.jpg)
Google perkenal Collections di Play Store, aplikasi dikumpul dalam satu widget
Collections di dalam Play Store kelihatan seakan talam aplikasi pada skrin utama iOS 18. Aplikasi dikumpulkan mengikut kategori di dalam folder masing-masing.
![Google umum Comics di Play Store, tawar manga seperti Spy x Family dan One Piece Google umum Comics di Play Store, tawar manga seperti Spy x Family dan One Piece](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721881456_GoogleComicsPlay.jpg)
Google umum Comics di Play Store, tawar manga seperti Spy x Family dan One Piece
Google Play Store kini mempunyai kategori khas untuk komik dan kandungan utama yang mereka fokuskan adalah Manga.
![Google Play Games PC benarkan dua permainan dimain serentak Google Play Games PC benarkan dua permainan dimain serentak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721880923_GooglePlayGamesP.jpg)
Google Play Games PC benarkan dua permainan dimain serentak
Ciri ini membolehkan pengguna bertanding dan bertempur dalam permainan, sementara satu lagi adalah untuk permainan yang memerlukan pemantauan.
![Google dilapor ingin bekerjasama dengan EssilorLuxottica untuk Gemini pada kaca mata pintar Google dilapor ingin bekerjasama dengan EssilorLuxottica untuk Gemini pada kaca mata pintar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721467547_Rayben.jpg)
Google dilapor ingin bekerjasama dengan EssilorLuxottica untuk Gemini pada kaca mata pintar
Google sebelum ini pernah hadir dengan Google Glasses, namun pembangunannya dihentikan tidak lama selepas itu.
![Google akan buang aplikasi tidak berkualiti dan bermasalah dari Google Play Store Google akan buang aplikasi tidak berkualiti dan bermasalah dari Google Play Store](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/61557971918_GooglePlay.jpg)
Google akan buang aplikasi tidak berkualiti dan bermasalah dari Google Play Store
Google menekankan aplikasi perlulah stabil, responsif, dan menawarkan pengalaman penggunaan yang baik.
![Google lancar Makmal Pendapatan Pengiklanan, merevolusi landskap media Malaysia Google lancar Makmal Pendapatan Pengiklanan, merevolusi landskap media Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721276774_FahmiFadzilGoogle.jpg)
Google lancar Makmal Pendapatan Pengiklanan, merevolusi landskap media Malaysia
Google berkata inisiatif tersebut yang disokong Kementerian Komunikasi bertujuan untuk merevolusikan landskap media di negara ini.
![Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721026185_AkmalNasirExcoJo.jpg)
Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Kadar tarif elektrik yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara antara tarikan buat pelabur asing masuk ke Malaysia.
![Dua syarikat teknologi ini guna elektrik lebih banyak berbanding 100 negara Dua syarikat teknologi ini guna elektrik lebih banyak berbanding 100 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721015606_serverroom.jpg)
Dua syarikat teknologi ini guna elektrik lebih banyak berbanding 100 negara
Google dan Microsoft menggunakan lebih banyak tenaga berbanding lebih 100 negara, termasuklah Iceland, Jordan dan Ghana.