GOOGLE kini telah mula memaklumkan para pengguna tempatan yang menggunakan perkhidmatan mereka, termasuk Google Ads, Google Workspace dan sebagainya berkenaan peningkatan kadar caj SST kepada lapan peratus bermula 1 Mac 2024.

Kadar SST semasa adalah enam peratus, dan ia akan ditingkatkan kepada lapan peratus selari dengan pengumuman kerajaan ketika Belanjawan 2024 sebelum ini.

Ini secara tidak langsung akan membawa kepada sedikit peningkatan kos yang perlu dibayar pengguna dalam menggunakan perkhidmatan Google, dan lain-lain.

Sebelum ini, ia dimaklumkan cukai perkhidmatan akan meningkat kepada lapan peratus, kecuali untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik yang akan dikekalkan kadar enam peratus. - Amanz