awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google Maps kini bantu penunggang motosikal rancang perjalanan

Hilal Azmi
Hilal Azmi
28/06/2018
06:42 MYT
Google Maps kini bantu penunggang motosikal rancang perjalanan
SUREN RUHELA: Pengguna digalakkan membuat perancangan sebelum memulakan perjalanan - Foto Astro AWANI / Hilal Azmi
Google Malaysia melancarkan mod motosikal pada Google Maps yang membolehkan penunggang motosikal untuk merancang perjalanan mereka.
Pengarah Google Maps Untuk Pengguna Bilion Seterusnya, Suren Ruhela berkata, ciri baru ini memberi pengalaman paling relevan dengan keperluan tempatan sesuai dengan kadar peningkatan pengguna aplikasi berkenaan sehingga 50 peratus sejak tahun lalu.
“Kami faham bahawa isu keselamatan penunggang menjadi keutamaan, jadi pengemudian atau navigasi berasaskan mercu tanda (landmark) dapat membantu penunggang motosikal untuk sampai ke destinasi,” katanya dalam majlis pelancaran ciri baharu itu di pejabat Google Malaysia di sini hari ini.
Berdasarkan data Persatuan Automotif Malaysia, jumlah motosikal berdaftar hampir sama dengan jumlah kereta berdaftar di Malaysia, masing-masing sebanyak 12.9 juta dan 13 juta.
Melalui ciri mod motosikal Google Maps, ia dapat membantu pengguna untuk menganggarkan masa perjalanan yang lebih tepat berdasarkan model-model pembelajaran mesin yang mencerminkan kelajuan menunggang dan juga mengemudi berasaskan mercu tanda.
Kalau sebelum ini, pengemudian pengguna memerlukan mereka mengikuti setiap langkah perjalanan sambil memerhatikan skrin, tetapi untuk mod motosikal, arahan diberikan berdasarkan mercu tanda di kawasan laluan bagi membantu penunggang untuk membuat perancangan pra perjalanan supaya dapat mencari dan mengingati laluan.
Pengguna boleh mengemaskini aplikasi Google Maps untuk mendapatkan ciri baharu ini.
Topic Berkaitan
#ciri baharu google
#Google
#Google Maps
#mod motosikal
#Suren Ruhela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan