KUALA LUMPUR: Kita kini hidup di dalam era digital. Teknologi digital mampu mengubah ekonomi, kerajaan dan semua aspek pembangunan.
Kira-kira 90 peratus pekerjaan baharu hari ini memerlukan kemahiran digital.
Namun hampir 50 peratus penduduk dunia masih belum dapat menikmati akses internet, terutamanya di negara membangun dan kebanyakannya wanita.
Kemajuan internet mampu membawa peluang-peluang baharu untuk perkongsian dan pengumpulan pengetahuan selain boleh menyediakan peluang tanpa batasan untuk pembangunan ekonomi dan penglibatan sosial melalui alat dan pemikiran inovatif baharu.
Untuk itu, wanita Malaysia perlu peka dengan pembangunan dunia komputer supaya mereka tidak tercicir dan ketinggalan dalam arus pembangunan dunia digital.
Perkembangan teknologi digital terkini membawa perubahan model perniagaan sedia ada dan penciptaan baharu, pengenalan produk dan perkhidmatan baharu serta peningkatan kecekapan proses perniagaan yang akhirnya menjadikan perniagaan lebih berdaya saing.
Bagi merealisasikan tujuan ini, Gorgeous Geeks (GG) sebuah badan NGO telah bekerjasama dengan SME Corp Malaysia menganjurkan sebuah program yang dikenali sebagai Women Netpreneur.
Objektif utama program ini adalah memastikan usahawan wanita sentiasa mengikuti perkembangan mengenai perubahan dalam landskap perniagaan yang muncul dan mengikut perkembangan dunia terkini seperti megatrend yang akan secara kekal mengubah perniagaan di seluruh dunia.
Ini termasuk Industri 4.0, pendigitalan dan pertembungan teknologi, yang mendorong peningkatan dalam analitik data besar, e-dagang dan juga teknologi kewangan (fintech).
Program yang dijana oleh SME Corp ini bermula tahun 2013 namun terhenti buat seketika dan telah diperkenalkan semula pada tahun 2017 untuk memberi tumpuan kepada usaha dalam membantu usahawan wanita memulakan dan mengembangkan perniagaan secara dalam talian.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bersama rakan strategik seperti Shopee, 11street, Lelong, Facebook, Buy Malaysia (MPay) dan Global Halal Data Pool.
Sehingga kini, seramai 2,280 usahawan wanita sudah dilatih melalui program Women Netpreneur dan daripada jumlah itu, 80 peratus peserta berjaya melanggan platform e-dagang untuk menjalankan perniagaan.
Presiden Gorgeous Geeks, Julia Koh berkata, pemilik perniagaan perlu memastikan mereka tidak ketinggalan dalam ruang digital yang berubah dengan pantas.
Program GG Netpreneur akan meneroka trend terkini, sokongan pemasaran dan operasi untuk membawa jumlah pengguna yang tinggi ke platform perniagaan wanita kerana ia dapat membantu meningkatkan lebih banyak jualan.
“Kami sangat gembira dengan kejayaan yang dihasilkan beberapa wanita. Ia bagus untuk peserta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” kata Koh lagi.
Beliau menambah, wabak COVID-19 yang melanda negara menyebabkan ekonomi pelbagai sektor terjejas termasuk golongan usahawan wanita.
Justeru, objektif GG selepas peralihan pandemik ke endemik adalah untuk memperkasakan semula ekonomi kumpulan sasar dan meningkatkan taraf hidup golongan usahawan wanita.
"Dengan menjalani kursus dan bimbingan, ia dapat memberikan peserta (usahawan wanita) keyakinan serta dapat menempuh cabaran dalam perniagaan," katanya.
Antara peserta program kelolaan Gorgeous Geeks adalah Cecelia Lagak.
Cecelia merupakan pengasas CC Beauty yang berasal dari Kapit, Sarawak.
Beliau telah menjalankan perniagaannya sendiri sejak 2015.
Dengan keyakinan dan keazaman untuk memasuki industri yang sangat mencabar dengan beberapa
halangan dan cabaran, jenama CC Beauty telah berkembang popular dan telah berjaya dieksport ke Indonesia, Beijing dan Brunei.
Kini CC Beauty sudah mempunyai Agent Stokis di hampir setiap daerah dan negeri.
Pengasas CC Beauty ini juga telah menerima Anugerah Usahawan Belia Harapan Anjuran Majlis Usahawan Bumiputera Sarawak Cawangan Bintulu.
Kejayaan ini meningkatkan keyakinan CC Beauty, kerana syarikat itu telah membantu sekitar 1,000 peniaga lain dalam memulakan perniagaan mereka.
Sewaktu menyertai atihan anjuran Gorgeous Geeks, beliau telah mempelajari lebih lanjut mengenai platform e-Dagang. Dia belajar tentang media dan platform lain untuk dia menjual produknya.
Selain itu, dia dapat berkomunikasi dengan lebih baik dengan orang luar.
Semasa program itu, dia dapat membuat lebih banyak kawan dan kenalan dengan peserta lain. Laman webnya kini semakin baik seperti yang telah dipelajarinya semasa program tersebut.
Seorang lagi peserta Netpreneur, Noor Nisrinah Binti Ibrahim @ Kamaruddin, berasa sungguh bertuah kerana dapat menjalani latihan Bersama GG.
Menurutnya, enam bulan setelah melancarkan perniagaan sukan ekstreme miliknya, Zipline Sdn Bhd, beliau terpaksa menutupnya buat sementara waktu kerana wabak COVID-19 melanda dan menyebabkan kerajaan
bertindak dengan mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan.
Pandemik COVID-19 memaksa Nisrinah mengubah cara dia menjalankan bisnes demi kelangsungan hidup.
Beliau sedar penerokaan platform ekonomi digital adalah satu-satu cara bagi dirinya untuk memasarkan perniagaannya dan ternyata langkah mengikuti kelas latihan Netpreneur tidak sia-sia.
Penyertaan dalam kelas itu memberi semangat kepadanya untuk tampil penuh berkeyakinan.
Tentu sekali kisah yang dilalui Celia dan Nisrinah menggambarkan bagaimana perniagaan dalam talian mampu mengukuhkan ekonomi diri sendiri selain mampu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Apa yang pasti, budaya digital yang berjaya memerlukan sikap, nilai dan tingkah laku untuk berubah sekali gus mencerminkan agenda transformasi digital.
Astro Awani
Tue Oct 25 2022

Dari kiri Cecilia Lagak, Julia Koh, dan Noor Nisrinah binti Ibrahim @ Kamaruddin.

Ayda Jebat masih pilih pembedahan Caesarean bersalin anak kedua Disember ini
Menurut Ayda, 31, perkara tersebut turut dipersetujui suaminya, Nabil Mahir dan membuat keputusan tersebut kerana sudah melalui pengalaman serupa yang disifatkan cukup indah.
BN perlu menang, bina keyakinan menuju PRU16
Jelas Mohamad, begitu pun kemenangan BN pada PRK DUN Pelangai tidak boleh menjadi ukuran kepada kekuatan gabungan tersebut.

Wanita parah dihempap pokok ketika mandi air terjun
Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan selepas dihempap pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek pada Khamis.

JBPM rancang tempatkan helikopter di Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk proses perolehan helikopter untuk ditempatkan di Sabah.
AWANI Ringkas: Caj transaksi 1 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.
Pembelian BPI RM160 setiap 50 kg bantu kawal harga nasi
Kebenaran pembelian Beras Putih Import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram bertujuan membantu mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.

PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Tun Taib hadir sambutan Maulidur Rasul Sarawak
Kali terakhir Taib menghadiri majlis rasmi adalah empat bulan lalu iaitu pada 21 Mei 2023 di Tebingan Sungai Kuching untuk Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Gorgeous Geeks mendigitalkan usahawan wanita Malaysia
Program Women Netpreneur pastikan usahawan wanita sentiasa mengikuti perkembangan mengenai perubahan dalam landskap perniagaan.