awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPM desak tindakan segera pemimpin dunia untuk Gaza

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
22/07/2025
14:53 MYT
GPM desak tindakan segera pemimpin dunia untuk Gaza
Global Peace Mission (GPM) Malaysia menyeru pemimpin dunia bertindak segera bagi menghentikan keganasan dan penderitaan rakyat di Gaza. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR : Global Peace Mission (GPM) Malaysia menyeru pemimpin dunia bertindak segera bagi menghentikan keganasan dan penderitaan rakyat di Gaza.

Ringkasan AI
  • GPM menyeru pemimpin dunia segera hentikan keganasan di Gaza yang mengorbankan ribuan nyawa tidak berdosa.
  • GPM desak negara berpengaruh dan jiran Gaza buka laluan bantuan tanpa sekatan serta heret penjenayah perang ke muka pengadilan.
  • GPM ajak masyarakat antarabangsa bersatu memberi tekanan dan sokong usaha bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Senada dengan seruan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, GPM berkata situasi di Gaza kini mencapai tahap genting di mana ribuan nyawa tidak berdosa, termasuk kanak-kanak dan wanita, terkorban setiap hari akibat keganasan yang tidak berperikemanusiaan.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syahrir Azfar Saleh berkata Gaza bukan sahaja diserang menggunakan bom dan peluru malah kini kebuluran dijadikan sebagai senjata bagi memenuhi dan mencapai objektif Zionis Israel.
Lantaran itu, GPM kesal dengan sikap berdiam diri dunia yang seolah-olah lumpuh dan telah hilang perikemanusiaan di dalam menangani kezaliman yang sedang berlaku di bumi Gaza.
Jelas GPM lagi, pada ketika dan waktu yang genting ini, sikap berdiam diri tanpa tindakan yang tegas dan konkrit bukan pilihan sedang nyawa manusia dipertaruhkan saban hari.
GPM turut mendesak semua pemimpin dunia, terutama negara-negara berpengaruh seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, dan Liga Arab, untuk menggunakan kuasa yang ada dengan menghentikan segera keganasan dan serangan tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat awam.
Selain itu, negara-negara bersempadan dengan Gaza wajib membuka laluan bantuan kemanusiaan tanpa sekatan termasuk membenarkan makanan, ubat-ubatan, dan keperluan asas masuk tanpa halangan dengan segera.
GPM juga turut menuntut agar pelaku jenayah perang diheret ke muka pengadilan.
Kata GPM, pendudukan dan penindasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin harus diselesaikan secara menyeluruh.
Justeru GPM mengajak semua pihak, termasuk badan-badan kemanusiaan antarabangsa, untuk bersatu dalam tekanan kolektif terhadap pihak yang berkuasa agar menghentikan kekejaman ini.
Rakyat Malaysia dan masyarakat global juga diseru untuk terus menyokong usaha bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui saluran yang sah.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#Gaza
#GPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan