awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembantu kedai perkakasan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket tawaran hadiah wang tunai
Lelaki maut terperangkap dalam lubang pembentung
RTB Bagan Datuk Fasa 1 bernilai RM87.6 juta dirancang tangani isu banjir - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPS dijangka akan dominasi PRN Sarawak

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
25/11/2021
02:49 MYT
GPS dijangka akan dominasi PRN Sarawak
Syamsul berkata sebelum ini beberapa pemimpin dari PH mengambil keputusan untuk keluar parti, dan krisis ini akan memberi kelebihan kepada GPS. - Astro AWANI
KUCHING: Kegagalan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan memberi kesan kepada gabungan itu di Sarawak.
Menurut Penolong Setiausaha Pas Sarawak, Syamsul Bahrie Mohamad, ia pasti memberi kelebihan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mendominasi PRN12 kelak.
“Mesej rakyat sudah jelas, sudah tentu rakyat mahu kerajaan yang stabil.
“Sebelum ini beberapa pemimpin dari PH mengambil keputusan untuk keluar parti, dan krisis ini akan memberi kelebihan kepada GPS,” katanya.
Kata Syamsul, meskipun GPS mempunyai peluang yang besar, namun penggunaan lambang baharu itu akan memberi cabaran kepada mereka.
Mengulas mengenai calon yang akan diketengahkan GPS, beliau berkata keseimbangan antara calon muda dan senior menjadi ramuan baharu bagi gabungan tersebut pada pilihan raya kali ini.
“Calon baharu yang cuba diketengah oleh GPS juga memberi sedikit nafas baharu dalam landskap politik Sarawak akan datang,” katanya dalam satu kenyataan ketika dihubungi.
Jelasnya pembangunan di Sarawak akan berkembang secara holistik dengan pimpinan yang meliputi pelbagai generasi.
“Sekiranya Kabinet Sarawak ditubuh dengan gandingan orang muda dan ‘otai’, hal ini akan memberi nilai tambah pada perkembangan negeri Sarawak dari semua aspek,” katanya.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#GPS
#Syamsul Bahrie Mohamad
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan