KAPIT: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penambahan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerusi baharu itu membabitkan kawasan Parlimen Kapit, Hulu Rajang dan Kanowit.
"Kami wakil rakyat daripada semua parti sudah berbincang beberapa kali dan bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan kawasan baharu DUN Sarawak.
"Kami cadangkan empat kerusi baharu, tapi ia terpulang kepada SPR.
"Ini saya kena jelaskan di sini (asas kepada permintaan ini ialah) kerana kawasan Hulu Rajang, Kanowit dan Kapit sangat besar. Jadi kita berharap ia diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Mangkung Tiang Rumah Panjang Tatai Emas di sini, pada Isnin.
Alexander yang juga Menteri Kerja Raya berkata, DUN baharu itu perlu diwujudkan kerana kawasan luar bandar masih lagi kekurangan kemudahan infrastruktur malah di sesetengah tempat, sungai masih menjadi akses utama.
"Sebab itu kita cadangkan lebih banyak wakil rakyat agar dapat memberi perkhidmatan yang lebih mudah kepada rakyat," ujarnya.
Beliau turut menjelaskan, setakat ini tiada perbincangan untuk meletakkan mana-mana parti komponen di DUN berkenaan.
Sebelum ini Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan, kerajaan negeri akan mengemukakan cadangan persempadan semula DUN Sarawak kepada SPR tahun ini.
Kali terakhir persempadanan semula DUN Sarawak dilaksanakan pada 2015 dengan mengubah komposisi kerusi bertambah kepada 82 berbanding 71.
Umavathi Ramayah
Mon May 13 2024
Alexander menghadiri majlis Mangkung Tiang Rumah Panjang Tatai Emas di Kapit, pada Isnin. - Foto/ UKK KKR
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Dis.
Pengerusi SPR, Timbalan Speaker sertai pemerhati antarabangsa pada pilihan raya Uzbekistan
Lebih 500 pemerhati antarabangsa dan 150 wakil media dari 50 negara akan menyertai sebagai pemerhati semasa pilihan raya Uzbekistan pada Ahad ini.
Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Mahkota: 38.53 peratus mengundi setakat 2 petang - SPR
Sebanyak 38.53 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 2 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK Mahkota: 29.08 peratus mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Proses pengundian di 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan berlangsung sehingga 6 petang ini, selepas dibuka pada 8 pagi tadi.
PRK Mahkota: Calon BN selesai mengundi, seru semua pengundi keluar tunai tanggungjawab
Syed Hussien tiba di pusat mengundi SMK Seri Perdana di Kluang pada 8.54 pagi dan selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian.
PRK Mahkota: 8.89 peratus sudah mengundi setakat 9 pagi
Semua 20 pusat mengundi melibatkan 109 saluran dibuka serentak jam 8 pagi, membolehkan 61,274 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab.
PRK Mahkota: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian akan berlangsung sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang.
PRK Mahkota persediaan akhir menjelang hari mengundi lancar
Persiapan untuk hari mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang akan diadakan esok berjalan lancar, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ikmalrudin Ishak.
PRK Mahkota: Proses undi awal berakhir, pusat pengundian ditutup 5 petang
Proses pengundian awal bagi PRK DUN Mahkota tamat apabila tiga pusat ditutup pada 5 petang, setelah dibuka 8 pagi tadi.