awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Grab digesa laksana 'butang panik' selewat-lewatnya 31 Julai

Bernama
Bernama
15/06/2017
00:00 MYT
Grab digesa laksana 'butang panik' selewat-lewatnya 31 Julai
Butang panik pada aplikasi itu mempunyai Sistem Kedudukan Global (GPS) yang akan dihubungkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memantau keselamatan pengguna. - Gambar fail
Grab Malaysia digesa menguatkuasakan butang panik pada aplikasi perkhidmatannya untuk keselamatan penumpang selewat-lewatnya 31 Julai ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat khas bersama Grab Malaysia pada Rabu.
"Dalam mesyuarat berkenaan turut membincangkan kaedah yang diguna pakai untuk melantik pemandu GrabCar serta langkah pencegahan insiden buruk kepada penumpang.
"Mereka menyatakan komitmen dan kesediaan untuk melaksanakan butang panik tersebut dengan segera untuk memastikan keselamatan pengguna," katanya kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC) di sini.
Nancy berkata butang panik pada aplikasi itu mempunyai Sistem Kedudukan Global (GPS) yang akan dihubungkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memantau keselamatan pengguna.
Jelasnya, pengusaha GrabCar juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan SPAD bagi menangani sebarang kejadian yang tidak diingini atau masalah kepada penumpang pada masa akan datang.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah, kakitangan SPAD serta pengamal media.
Sebanyak 30 anak yatim, fakir miskin dan asnaf dari Rumah Kebajikan Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi turut diraikan dalam majlis itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GPS
#GrabCar
#Nancy Shukri
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#SPAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan