awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara GV12: Iskandar Ismail sedia lebar sayap ke Malaysia
MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Nokaen
Suami, anak urus jenazah Nadia Kesuma di Jeddah, kebumi selepas solat Subuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan

Agensi
Agensi
19/01/2026
01:00 MYT
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Pape Bouna Thiaw kini berdepan kemungkinan dikenakan tindakan oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) susulan insiden kecoh yang mencemari final berkenaan. - Gambar Reuters
RABAT: Sidang media pasca perlawanan final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) bertukar tegang apabila ketua jurulatih Senegal, Pape Bouna Thiaw, diejek oleh kumpulan wartawan sebelum beliau bertindak meninggalkan bilik sidang media.
Insiden itu berlaku selepas aksi dramatik pada Ahad, yang menyaksikan Thiaw mengarahkan pemain-pemainnya keluar padang bagi membantah keputusan penalti yang diberikan terhadap pasukan mereka.
Senegal bagaimanapun kembali meneruskan perlawanan dan menewaskan Maghribi 1-0 pada masa tambahan untuk menjulang trofi.
Thiaw dijangka memberi penjelasan mengenai tindakannya itu, namun suasana di bilik sidang media bertambah panas sebaik sahaja beliau masuk.
Wartawan Morocco mengejek beliau, sementara rakan media dari Senegal pula bertepuk tangan sebagai tanda sokongan.
Kegagalan pegawai penganjur menenangkan keadaan memaksa Thiaw beredar dari sidang media tersebut.
Jurulatih Senegal itu kini berdepan kemungkinan dikenakan tindakan oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) susulan insiden kecoh yang mencemari final berkenaan.
Kontroversi bermula apabila pengadil dari Republik Demokratik Congo, Jean-Jacques Ndala, memberikan penalti kepada Maghribi selepas semakan VAR mendapati Brahim Diaz dijatuhkan oleh pemain pertahanan Senegal, El Hadji Malick Diouf, ketika situasi sepakan penjuru pada minit kelima masa kecederaan.
Keputusan itu mencetuskan kemarahan skuad Senegal, yang bertindak keluar padang, malah beberapa pemain dilihat menuju ke bilik persalinan.
Perlawanan hanya bersambung semula selepas kira-kira 14 minit, sebelum penjaga gol Edouard Mendy menepis sepakan penalti gaya ‘Panenka’ yang diambil Diaz. - Agensi
Topic Berkaitan
#Piala AFCON
#jurulatih Senegal
#diejek wartawan
#Sidang media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan