KUALA LUMPUR: Grab Malaysia (Grab), penyedia perkhidmatan e-panggilan menegaskan ia akan terus memastikan keadilan dan ketelusan dalam menjana pendapatan rakan pemandu dan rakan penghantarnya.

Pengarah Urusannya Adelene Foo dalam satu kenyataan pada Khamis berkata Grab juga akan bekerjasama dengan kerajaan untuk menambah baik perlindungan sosial dan memastikan penyediaan peluang peningkatan kemahiran untuk rakan pemandu dan rakan penghantarnya, selain melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam ekonomi gig yang sedang berkembang.

"Kami berbesar hati diberi peluang untuk berdialog dengan Perdana Menteri pada Selasa, (8 Ogos) tentang masa depan ekonomi gig dan komited untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk menetapkan keutamaan dan menambah baik kualiti serta perlindungan untuk rakan kongsi kami," katanya.

"Kami berbesar hati diberi peluang untuk berdialog bersama Perdana Menteri pada Selasa (8 Ogos) mengenai masa depan ekonomi gig dan komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menetapkan keutamaan tertentu serta menambah baik mutu perkhidmatan dan tahap perlindungan untuk rakan-pemandu dan rakan-penghantar kami," katanya.

Menurut Adelene kerjasama ini merupakan susulan kepada usaha Grab dalam menyediakan persekitaran kerja yang menawarkan fleksibiliti, keselamatan kewangan, perlindungan, dan pembangunan profesional.

Beliau berkata selain menyediakan peluang pendapatan yang fleksibel, Grab juga telah melabur dengan banyak dalam kos kebajikan dan kawal selia rakan kongsinya selama ini.

"Ini termasuk perlindungan insurans percuma, menggalakkan sumbangan PERKESO dan KWSP, peluang peningkatan kemahiran dan pembangunan profesional, inisiatif keselamatan, serta faedah harian seperti diskaun bahan api dan lain-lain," katanya.

Adelene berkata selain menyediakan peluang pendapatan fleksibel yang bermakna untuk rakan-pemandu dan rakan-penghantar Grab, syarikat juga telah membuat pelaburan besar terhadap kebajikan dan kos kawal selia mereka untuk sepanjang tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan 24 syarikat pengendali perkhidmatan berkenaan untuk mendapatkan maklum balas secara langsung pada Selasa berkata syarikat telah memberikan komitmen untuk lebih telus dan meneliti serta memperhalusi lebih lanjut pandangan golongan penunggang dalam penentuan dan pengiraan kadar upah bagi mereka.

-- BERNAMA