MESKIPUN penularan pandemik COVID-19 semakin ketara dengan peningkatan kes jangkitan di Sabah, terutamanya di Tawau, Semporna dan beberapa kawasan lain di timur negeri itu, namun pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-16 tetap akan diadakan pada 26 September ini.
Hampir kesemua jentera kempen daripada 16 parti yang bertanding telah menggariskan strategi masing-masing dalam meraih sokongan pengundi sejak hari penamaan calon pada 12 September lalu.
Berdasarkan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan kali ini berbanding 60 kerusi sahaja pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Seramai 447 calon yang mewakili pelbagai parti dan bebas akan bertarung untuk menentukan siapakah yang akan memegang tampuk kerajaan Sabah.
Sebanyak 1.12 juta pengundi layak untuk mengundi kali ini.
Gabungan baharu
Dalam pada itu, sebuah gabungan parti politik baharu iaitu Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diumumkan untuk menentang Warisan Plus kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.
GRS ini disertai Barisan Nasional Sabah (UMNO, MCA dan PBRS), Perikatan Nasional Sabah (Bersatu, STAR dan SAPP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Sebahagian besar kerusi, (hampir 45 kerusi) ditandingi calon PNBN dan bakinya 28 kerusi pula ditandingi oleh komponen parti (GRS) seperti PBS, PBRS, SAPP dan STAR.
Sementara itu, Parti Cinta Sabah (PCS), sebuah parti baharu dalam medan politik Malaysia juga dilihat berusaha untuk menonjolkan diri sebagai parti barisan hadapan dalam PRN Sabah.
Calon-calon PCS telah mengemukakan pencalonan untuk bertanding dalam hampir kesemua DUN pada kali ini.
Bukan itu sahaja, calon-calon bebas juga nampaknya menunjukkan minat untuk bertanding dalam sebahagian besar kerusi.
Penyertaan calon PCS dan Bebas dijangka memecahkan undi sokongan kepada PNBN, terutamanya dalam kalangan pengundi Bumiputera Islam.
Pertandingan pada kali ini juga menyaksikan pertembungan sesama parti-parti bersekutu dalam Gabungan BNPN atau GRS sekali gus bertandingan antara calon BN /PN/PBS/STAR.
Sebagai contoh, kita dapat melihat pertembungan antara BN dan PN di DUN N.38 Paginathan, BN, PN dan PBS di DUN N.44 Tulid, BN dan PBS di DUN N.42 Melalap, BN dan PBS di DUN N.07 Tandek, BN dan PBS di DUN N.22 Tanjung Aru, BN dan PBS di DUN N.25 Kapayan, BN dan PBS di DUN N.26 Moyog, BN dan PBS di DUN N.34 Lumadan, PN dan PBS di N.39 Tambunan.
Malah ada juga calon GRS yang melawan calon USNO di kebanyakan DUN pada kali ini.
Manakala, kepimpinan Warisan Plus didapati bijak mengatur strateginya dalam mengelakkan pertembungan sesama mereka iaitu antara calon parti Warisan Plus.
Semangat kesepakatan yang wujud di antara pemimpin PN dan BN baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri didapati masih belum diterjemah sepenuhnya dalam peringkat DUN.
Hal ini dapat dilihat dalam peruntukkan kerusi kepada parti-parti komponen GRS.
Pengagihan kerusi dalam parti-parti di bawah GRS adalah atas dasar kemuafakatan bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati, malah mengecewakan sebahagian besar penyokong parti komponen BNPN yang lain kerana tidak mendapat kerusi untuk bertanding kali ini.
Masalah ketidakpuashatian ini jelas kelihatan antara parti BN (UMNO) dan parti PN (Bersatu) di DUN N.61 Segama.
Secara umumnya, pengundi Sabah lebih cenderung memihak parti dan calon tempatan, namun dalam masa yang sama, mereka juga semakin bijak dalam membuat keputusan politik untuk menjamin kepentingan dan kebajikan mereka terus terpelihara.
Mereka dijangka meneliti janji-janji yang ditawarkan oleh parti-parti bertanding terutamanya GRS dan Warisan Plus.
Antara persoalan utama yang berlegar di dalam pemikiran mereka, adakah parti GRS yang menawarkan Aku Janji akan membela kebajikan mereka sama seperti rakyat di Semenanjung dan memartabatkan Perjanjian Malaysia 63 yang merupakan kehendak rakyat Sabah sekian lama?
Sebaliknya, adakah parti Warisan Plus yang didakwa gagal melestarikan pembangunan ekonomi negeri Sabah sejak mengambil alih kerajaan negeri pada PRU14 itu mampu membela rakyat Sabah tanpa sokongan Putrajaya?
Sementara itu, kemenangan calon BN dalam beberapa pilihan raya kecil berturut-turut di Semenanjung adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya kerana kekuatan Muafakat Nasional (MN).
Analisa keputusan pilihan raya kecil (PRK) di Semenanjung menunjukkan BN memperoleh kemenangan disebabkan oleh faktor ahli dan penyokong Pas serta pengundi India yang menentang calon BN UMNO pada PRU14 telah mengalihkan sokongan mereka kepada calon BN.
Kemenangan calon UMNO dalam PRK Slim baru-baru ini jelas menunjukkan peralihan sokongan pengundi India kepada calon UMNO yang disebabkan kebangkitan MIC kepimpinan baharu Tan Sri SA.Vigneswaran.
Persoalannya, adakah pengundi Sabah yang memihak Warisan pada PRU14 akan mengikuti pola pengundian yang sama seperti di Semenanjung akan mengalihkan sokongan mereka kepada calon GRS pada kali ini?
Memandangkan tinggal hanya beberapa hari untuk hari mengundi, adalah agak terlalu awal untuk mentafsirkan siapa akan mengungguli PRN Sabah kali ini, namun sentimen semasa pengundi Sabah jelas menunjukkan mereka dijangka memberikan satu kejutan kepada para penganalisis dan pemerhati politik dengan keputusan yang di luar jangkaan kali ini.
Ramai pihak mengandaikan bahawa pertembungan sesama parti bersekutu akan membantutkan peluang bagi GRS untuk merampas kerajaan Sabah daripada Warisan.
Malah ada yang berpendapat bahawa seruan kepimpinan Warisan Plus untuk membina sebuah negeri Sabah yang bersatu padu, inklusif tanpa melihat berbezaan kaum, etnik dan agama didapati lebih menarik dan memikat hati serta minda pengundi Sabah berbanding Aku Janji untuk membangunkan negeri Sabah oleh GRS.
Dengan itu, GRS dilihat berdepan uphill task, ibarat mendaki bukit tinggi atau tidak mudah untuk memperoleh kemenangan hebat pada PRN kali ini.
Namun, ada pula yang berpendapat bahawa peluang kemenangan bagi GRS dan Warisan Plus yang bertarung adalah seimbang iaitu 50-50.
Apapun, keputusan PRN Sabah ini dijangka menentukan corak politik negara pada PRU15 nanti.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Tue Sep 22 2020
GRS dilihat berdepan uphill task, ibarat mendaki bukit tinggi atau tidak mudah untuk memperoleh kemenangan hebat pada PRN kali ini. - BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.