awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GSF: Empat lagi rakyat Malaysia termasuk Heliza Helmi ditahan tentera Israel

Bernama
Bernama
02/10/2025
02:10 MYT
GSF: Empat lagi rakyat Malaysia termasuk Heliza Helmi ditahan tentera Israel
Heliza Helmi yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan ditahan oleh tentera Israel.
SEPANG: Empat lagi rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan dipintas tentera Zionis di perairan Gaza, pagi ini.
Mereka ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio, selain Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad yang berada di atas kapal Grande Blu.
Menurut sistem pengesan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Grande Blu dipintas pada jam 12.58 tengah malam waktu Gaza, manakala Hio pada jam 2.34 pagi pada kedudukan kira-kira 60 batu nautika dari Gaza.
Setakat jam 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan SNCC selepas kapal mereka dipintas.
Mereka termasuk penyanyi Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga; Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil yang berada di atas kapal Alma; serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli yang menaiki kapal Sirius.
SNCC memaklumkan setakat ini, sepuluh kapal berada pada status "diserang” manakala 13 kapal lagi menghantar isyarat "kecemasan”. - Bernama
Topic Berkaitan
#misi GSF
#Global Sumud Flotilla
#Heliza Helmi
#kapal Grande Blu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami