awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah ke atas Institusi Diraja Perlis
BTS kembali dengan album baharu 20 Mac ini selepas berehat hampir empat tahun
PUNB lantik Rastam Mohd Isa pengerusi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GSF: Wisma Putra sahkan semua peserta flotila selamat, dijangka dihantar pulang melalui negara ketiga

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
02/10/2025
14:38 MYT
GSF: Wisma Putra sahkan semua peserta flotila selamat, dijangka dihantar pulang melalui negara ketiga
Kementerian Luar mengesahkan kesemua rakyat Malaysia yang ditahan Israel dalam pelayaran menuju ke Gaza menerusi misi Global Sumud Flotilla (GSF) dalam keadaan selamat dan sihat. . - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan kesemua rakyat Malaysia yang ditahan Israel dalam pelayaran menuju ke Gaza menerusi misi Global Sumud Flotilla (GSF) dalam keadaan selamat dan sihat.

Ringkasan AI
  • Kementerian Luar sahkan semua 15 rakyat Malaysia ditahan Israel dalam misi GSF berada dalam keadaan selamat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.
  • Menteri Luar Mohamad Hasan arah perwakilan Malaysia di Amman dan Kaherah dapatkan kerjasama kedutaan ASEAN di Tel Aviv.
  • Kerajaan tegas penahanan itu tidak sah, tuntut rakyat Malaysia dibebaskan segera selaras undang-undang antarabangsa.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar, mereka dijangka dihantar pulang melalui negara ketiga.
Selain itu, menurut kenyataan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan sudah mengeluarkan arahan kepada perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Amman dan Kaherah untuk mendapatkan kerjasama daripada kedutaan negara-negara ASEAN di Tel Aviv.
"Kementerian ini akan memastikan mereka menerima sokongan serta bantuan konsular yang diperlukan bagi menjamin kepulangan selamat mereka ke Malaysia.
"Kerajaan Malaysia akan terus komited menjaga keselamatan rakyat Malaysia di luar negara," katanya dalam kenyataan, di sini pada Khamis.
Kementerian itu turut memaklumkan, kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera peserta GSF khususnya 15 rakyat Malaysia yang telah ditahan rejim Zionis.
Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad telah berhubung dengan beberapa pemimpin dan rakan sejawat negara sahabat termasuk Amerika Syarikat bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam hal ini.
"Kerajaan turut menegaskan bahawa penahanan peserta GSF adalah tidak sah dan menuntut agar mereka dilayan selaras dengan undang-undang antarabangsa serta dibebaskan dengan segera," kata kementerian itu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan ditahan
"Kerajaan turut menegaskan bahawa penahanan peserta GSF adalah tidak sah dan menuntut agar mereka dilayan selaras dengan undang-undang antarabangsa serta dibebaskan dengan segera," kata kementerian itu.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla GSF
#Kementerian Luar
#rakyat Malaysia ditahan
#tentera Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan