awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harimau Malaya di ambang kepupusan
Peguam didakwa subahat edar, miliki dadah di lokap mahkamah
Exco FAM sedia letak jawatan elak penggantungan FIFA - Mohd Yusoff
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GST boleh diperkenalkan semula tapi bukan tahun depan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
21/12/2020
08:00 MYT
GST boleh diperkenalkan semula tapi bukan tahun depan
Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, meskipun GST dilihat efisien dan komprehensif namun dengan trend perbelanjaan rakyat yang masih belum kukuh, cukai tersebut tidak sesuai dilaksanakan dalam masa terdekat.
KUALA LUMPUR :Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin boleh diperkenalkan semula di Malaysia namun bukan pada tahun depan, sebaliknya pada 2022.
Pakar ekonomi, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, meskipun cukai tersebut dilihat efisien dan komprehensif, namun dengan trend perbelanjaan rakyat yang masih belum kukuh, cukai tersebut tidak sesuai dilaksanakan dalam masa terdekat.
Menurut beliau, berdasarkan indeks jualan runcit dan pemborong untuk bulan lepas, trend masih lagi menunjukkan pola penurunan.
“GST ini mungkin boleh diperkenalkan pada 2022 bila ekonomi dijangka pulih tapi pada kadar yang rendah.
“Bukan enam peratus, mungkin empat peratus supaya sekurang-kurangnya kerajaan ada peluang untuk meningkatkan kadar cukai jika ada keperluan untuk kerajaan menambah pendapatan.
“Tapi untuk tahun hadapan, fokus harus diberikan kepada mengawal perbelanjaan yang dirancang dalam Belanjawan 2021 supaya tidak berlaku ketirisan,” katanya ketika ditemu bual dalam Buletin AWANI pada Isnin.
Tambah beliau, kerajaan juga harus memikirkan alternatif untuk merancakkan ekonomi tanpa menambah hutang atau menambah pendapatan dan hasil melalui cukai baharu.
“Apa yang berlaku sekarang apabila orang bercakap tentang krisis ekonomi, sebenarnya ia disebabkan kecairan, rakyat tidak mempunyai wang tunai yang cukup untuk lakukan transaksi perniagaan.
“Sebenarnya wang itu ada tapi dipegang, disimpan dan tidak dibelanjakan golongan tertentu menyebabkan golongan B40 dan M40 terutamanya tidak mempunyai wang cukup untuk berbelanja termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
“Apa yang kerajaan lakukan melalui pakej rangsangan, Belanjawan 2021 ialah menyalurkan secara langsung peruntukan atau projek kerajaan supaya wang masuk ke dalam pasaran, lebih banyak transaksi boleh dilakukan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#GST
#SST
#ekonomi
#cukai
#cukai baru
#perbelanjaan
#rakyat
#kerajaan
#Malaysia
#Belanjawan 2021
#2022
#2021
#Belanjawan
#Cukai Barangan
#perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan