awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Luar Turkiye bertemu delegasi Hamas di Ankara, bincang pelan damai Gaza
JAS serbu tapak pelupusan haram susulan gangguan bau hangit di Johor bahru
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GST tidak akan diperkenalkan dalam masa terdekat, pendapatan minimum rakyat rendah - PM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/03/2023
04:35 MYT
GST tidak akan diperkenalkan dalam masa terdekat, pendapatan minimum rakyat rendah - PM
Kerajaan tidak akan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam masa terdekat kerana tahap pendapatan minimum rakyat Malaysia masih lagi rendah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam masa terdekat kerana tahap pendapatan minimum rakyat Malaysia masih lagi rendah, kata Perdana Menteri.
Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, cukai berkenaan hanya boleh dipertimbangkan sekiranya pendapatan minimum rakyat meningkat.
"Kita belum bersedia kerana tahap pendapatan rakyat masih lagi rendah. Jadi saya tidak fikir dalam enam bulan atau setahun kita boleh pertimbangkan, pendapatan rakyat perlu naik dulu.
"Semua negara yang melaksanakan GST termasuk Singapura, Kanada dan New Zealand, itu dikira berdasarkan pendapatan minimum rakyat munasabah untuk hidup.
"Sekarang masih terlalu ramai... 150,00 miskin tegar dan B40 ramai, jadi buat masa ini kita tidak boleh pertimbangkan GST pada masa sekarang," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian kepada soalan tambahan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjung Karang) sama ada kerajaan akan memperkenalkan semula GST atau sebaliknya dan pendekatan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menjelaskan cukai keuntungan modal dan sukai bagi barang mewah sudah cukap memadai untuk pendapatan bertambah selain langkah tegas untuk mengelakkan kebocoran pembayaran cukai.
"Bila saya ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) saya bagi tahu, selalunya tauke maha kaya ini elak bayar cukai dan ada perlindungan... ini bukan perkara baharu.
"Jadi saya beritahu, kita jangan bertolak ansur dalam memastikan orang maha kaya juga membayar cukai, jangan melarikan wang mereka ke luar negara.
"Sebab itu saya arahkan semua siasatan dilakukan termasuk Pandora Papers, tapi Yang Berhormat Tasek Gelugor pertahankan pelari curi kerana kes lama, saya tak peduli kes baharu atau lama, kalau kamu tipu atau rasuah atau curi wang negara, bayar balik," ujarnya.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Perdana Menteri
#GST
#pendapatan minimum rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan