Pengusaha restoran dan hotel diberi amaran supaya tidak mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pelanggan mereka sebelum 1 April 2015.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, berkata sudah ada restoran atau peniaga yang mengenakan GST dan meletakkan cukai itu dalam resit pelanggan sebelum tarikh berkenaan.