awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GST tidak jejas harga rumah PR1MA - Dr Jamaludin Jarjis

Bernama
Bernama
15/03/2015
09:02 MYT
GST tidak jejas harga rumah PR1MA - Dr Jamaludin Jarjis
DR JAMALUDIN: GST tidak jejas harga rumah PR1MA. -Gambar fail
Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjejaskan harga rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), kata Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis.
Jamaludin berkata, sebaliknya, pihaknya akan memastikan harga rumah yang dijual sekurang-kurangnya 20 peratus lebih rendah daripada pasaran setempat.
"Rumah PR1MA tidak ada impak dengan GST, sebaliknya kita mahu pastikan harga rumah PR1MA ini, sekurang-kurangnya 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat. Kita tidak boleh ambil ukuran harga pasaran tempat lain, ia mesti berasaskan dengan harga setempat.
"Kita tidak mahu jual rumah yang terlalu mahal atau terlalu murah, kalau terlalu mahal orang tidak mampu, sebab itu kita mahu tengok permohonan, berapa gaji mereka, kemudian kita akan tentukan satu paras," katanya dalam sidang media selepas melawat tapak projek Bandar Utama, Sidam Kiri, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Jamaludin berkata bagi pemohon yang tidak mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan, terdapat Skim Sewa Beli yang membolehkan mereka mendapatkan rumah PR1MA.
"Kita sedar, ramai orang sama ada di bandar atau luar bandar, yang kerja sendiri, tiada penyata gaji, pemandu teksi, penjaja kecil, mereka juga berhak mendapat rumah PR1MA.
Pemohon bagaimanapun perlu memohon pembiayaan menerusi bank terlebih dahulu, jika terbukti permohonan mereka ditolak oleh tiga bank, kita akan bawa mereka menerusi Skim Sewa Beli," katanya.
Jamaludin berkata, sejumlah 2,744 unit rumah PR1MA akan dibina di kawasan Sungai Petani dengan harga permulaan RM118,000 dan sehingga kini pihaknya telah menerima 1,872 permohonan untuk fasa pertama yang melibatkan 970 unit rumah.
"Saya lihat perjalanan pelaksanaan projek ini amat baik dan saya yakin 970 unit rumah ini akan siap menjelang akhir tahun ini dan penyerahan kunci akan dibuat secara cabutan bagi pemohon yang layak, permohonan masih dibuka sama ada secara atas talian, Kerajaan Negeri atau pejabat jualan di tapak projek," katanya.
Topic Berkaitan
#cukai
#GST
#harga rumah
#Jamaludin Jarjis
#PR1MA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan