awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli berisiko demam malaria

Sinar Harian
Sinar Harian
25/09/2023
08:57 MYT
Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli berisiko demam malaria
Datuk Dr Zaini Hussin berkata, situasi itu berpandukan kepada peningkatan 84 peratus kes tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu. - Gambar fail
GUA MUSANG: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendedahkan jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli menjadi lokasi berisiko diserang penyakit demam malaria akibat gigitan nyamuk tiruk.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, situasi itu berpandukan kepada peningkatan 84 peratus kes tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Tahun ini sebanyak 215 kes malaria dicatatkan berbanding 2022 hanya 117 kes dan 80 peratus jangkitan berlaku di Gua Musang.
"Sebanyak 53 kes adalah melibatkan jangkitan malaria manusia dan 163 kes pula malaria zoonotik," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.
Sebelum itu beliau merasmikan Program Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kelantan di dewan serbaguna Ladang Sungai Terah, di sini.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo.
Menurut beliau, berlaku peningkatan mendadak kes import malaria manusia di negeri ini sehingga minggu epid ke 37 apabila 53 kes direkodkan berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu hanya 21 kes.
Ujarnya, demam malaria ini bukan sahaja melibatkan warga asing tetapi turut berisiko kepada penduduk tempatan.
Dr Zaini memberitahu, pada masa sama Orang Asli turut tidak terlepas daripada berisiko namun tidak ramai walaupun ada mencatatkan sejumlah kes.
"Bagi mengatasinya JKNK dan rakan strategik yang lain telah mengorak langkah dalam melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan malaria dengan memperkasakan promosi kesihatan terutama mengenai malaria zoonotik.
"Kepada pengurus ladang pula, kami sangat mengalu-alukan kerjasama daripada mereka untuk memaklumkan kepada pihak JKNK sekiranya ada pekerja baharu atau yang mengalami demam untuk disaring malaria," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#demam malaria
#nyamuk tiruk
#Kelantan
#Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan