Wanita PKR akan mengusulkan kepada kerajaan agar menggubal undang-undang berkaitan ganguan seksual di tempat kerja dengan kadar segera.
Ketuanya, Haniza Mohamed Talha berkata penggubalan itu penting berikutan negara tidak mempunyai undang-undang berkaitan gangguan seksual, sebaliknya hanya mengikut garis panduan yang tidak semestinya dipatuhi.
Keadaan itu sekali gus menyebabkan wujudnya ketidakadilan di pihak wanita itu sendiri .
"Untuk segera menggubal Akta Gangguan Seksual di tempat kerja, sebab kita lihat kebelakangan ini wanita menderita di tempat kerja, jadi tindakan undang-undang sukar diambil kerana tak ada akta, kita hanya ada garis panduan.
"Jadi sebenarnya mereka ada pilihan untuk megnenakan tindakan disiplin atau tidak. Begitu juga di sektor swasta, tidak ada, hanya guideline (garis panduan) sahaja. Ini membuatkan orang perempuan alami tekanan dan terpaksa hadapi gangguan.
"Harap menteri berkaitan ambil perharian," katanya selepas merasmikan majlis Konvensyen Wanita Keadilan Zon Utara di George Town pada Sabtu.
Selain itu juga katanya, antara fokus wanita PKR dalam usaha menjaga kebajikan dan memperkasakan wanita di negara ini adalah dengan memfokus kepada isu jurang gaji berbeza antara pekerja lelaki dan wanita.
Katanya, perkara itu perlu diperbetulkan segera agar lebih banyak peluang dibuka kepada wanita untuk bekerja mahupun dinaikkan pangkat.
Pada masa sama, Haniza berkata sudah tiba masanya untuk PKR memberi kepercayaan kepada wanita untuk terus memegang jawatan di dalam kerajaan dan juga parti.
Bagi tujuan itu, pihaknya akan menggilap bakat baharu bagi kepemimpinan wanita dalam kalangan anak muda yang boleh dilakukan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan 'Girls to Leaders'.
Astro Awani
Sat Jan 19 2019

Wanita PKR akan mengusulkan kepada kerajaan agar menggubal undang-undang berkaitan ganguan seksual di tempat kerja dengan kadar segera.

Mekanisme baharu diperlukan untuk lawan cetak rompak - Mahadi J Murat
Menurut Mahadi, dengan jualan harga murah, barangkali menjadi salah satu cara untuk bersaing dengan barangan cetak rompak.

AWANI Ringkas: Tidak harus guna dalil agama elak ambil vaksin | Denda tinggi ingkar PKP buat rakyat tidak puas hati

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat meraikan Chap Goh Meh
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat meraikan Chap Goh Meh.

Vaksin COVID-19 | Jangan guna dalil agama untuk elak imunisasi
Dalil agama tidak harus digunakan untuk elak mengambil vaksin COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kerajaan akan memperkasakan komunikasi mengenai kebaikan pengambilan vaksin, termasuk melalui khutbah Jumaat yang diadakan setiap minggu.

Kompaun RM10,000 ibarat penderaan kepada rakyat - Exco Pemuda UMNO
Dalam keadaan sukar ditambah pula pendapatan rakyat banyak terjejas, adalah tidak adil kerajaan mengenakan hukuman keras terhadap mereka.

COVID-19 | Ketepikan perbezaan, terus bersatu perangi wabak
Halimah berkata rata-rata rakyat Malaysia telah kekal teguh sebagai sebuah masyarakat dan usaha ini perlu diteruskan sehingga peperangan menentang musuh halimunan tersebut selesai.

Protes Myanmar | Orang ramai berkumpul di rumah Aung San Suu Kyi
Di Myanmar, puluhan peserta demonstrasi berkumpul di perkarangan rumah bekas pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi untuk melakukan upacara sembahyang. Mereka mendoakan kesihatan dan keselamatan Suu Kyi, yang masih belum kelihatan selepas ditahan Junta tentera sewaktu rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.

Vaksin COVID-19 | Korea Selatan lancar program imunisasi
Program vaksinasi COVID-19 dilancarkan di Korea Selatan pada Jumaat dengan suntikan vaksin Astrazeneca dan Universiti Oxford. Lebih 5,000 pekerja dan penduduk rumah penjagaan menjadi penerima pertama suntikan vaksin dalam majlis pelancaran yang dihadiri Presiden Moon Jae-In.

Ingkar PKP | Denda RM10,000 boleh buat rakyat tidak puas hati
Pelaksanaan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh menyebabkan masyarakat tidak berpuas hati. Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata, pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tidak konsisten, dan ‘flip-flop’ juga boleh mengakibatkan rakyat dan penguatkuasa pening kepala.

Ekonomi | Tahap keyakinan perniagaan Malaysia
Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.

Ranking IPTA, kemaruk gajet, antara tumpuan Dewan Rakyat
Usai sesi itu, tumpuan persidangan teralih pula kepada pembentangan kali pertama Rang Undang-undang Pengangkutan Barang Melalui Laut (Pindaan) 2019 oleh Kementerian Pengangkutan.

Gubal segera undang-undang gangguan seksual di tempat kerja - Wanita PKR
Wanita PKR akan mengusulkan kepada kerajaan agar menggubal undang-undang berkaitan ganguan seksual di tempat kerja dengan kadar segera.

Beban bukti gangguan seksual turut dikaji - Hannah Yeoh
Dalam menggubal Akta Gangguan Seksual, beban bukti di pihak mangsa turut dikaji termasuk kemungkinan memperkenalkan piawaian berbeza dalam memastikan jenayah itu dapat dibuktikan.