awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gudang bateri lama terbakar di Tanjung Minyak

Bernama
Bernama
05/09/2025
14:30 MYT
Gudang bateri lama terbakar di Tanjung Minyak
Ahmad berkata sebanyak 26 anggota dengan kekuatan lima jentera dikejarkan ke lokasi dengan bantuan BBP Cheng, Melaka Tengah dan Alor Gajah. - Gambar JBPM Melaka
MELAKA: Sebuah gudang menyimpan bateri lama di Kawasan Perindustrian Tanjung Minyak di sini terbakar tengah hari tadi.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu Ahmad Nyat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.49 tengah hari sebelum menggerakkan pasukan untuk operasi pemadaman.
"Kebakaran melibatkan keluasan 50 x 50 kaki persegi daripada keseluruhan gudang berukuran 150 x 150 kaki persegi dengan anggaran 60 peratus kemusnahan dan difahamkan gudang itu sebelum ini telah disita Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Beberapa letupan kecil turut berlaku di lokasi namun tiada mangsa dilaporkan manakala kebakaran berjaya dikawal pada 2.58 petang dan operasi tamat kira-kira 6.51 petang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ahmad berkata sebanyak 26 anggota dengan kekuatan lima jentera dikejarkan ke lokasi dengan bantuan BBP Cheng, Melaka Tengah dan Alor Gajah.
Beliau berkata siasatan awal mendapati bahan terbakar ialah bateri yang mengandungi bahan kimia sangat reaktif terhadap air, menyebabkan pasukan bomba melaksanakan kaedah bagi mengelakkan tindak balas berbahaya.
Katanya cabaran utama adalah semasa proses 'overhaul' kerana dikhuatiri wujud gas berbahaya tidak dikenal pasti.
"Pasukan HAZMAT dan CBRNe (kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan) dikerahkan untuk membantu dengan menggunakan teknologi pengesanan jarak jauh," katanya
Menurutnya pihak bomba mengesan gas ammonia dan semua anggota diarahkan memakai alat pernafasan semasa operasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alat pernafasan
#Jabatan Alam Sekitar
#gas ammonia
#Hazmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan