awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah

Bernama
Bernama
01/02/2026
22:40 MYT
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
Sebanyak 76.8 tan limau mandarin untuk bekalan sambutan Tahun Baharu Cina musnah dalam kebakaran sebuah gudang di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, kira-kira 9 malam tadi. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Sebanyak 76.8 tan limau mandarin untuk bekalan sambutan Tahun Baharu Cina musnah dalam kebakaran sebuah gudang di Jalan Kebun Sultan, di sini, kira-kira 9 malam tadi.
Pengurus gudang, Hong Leng Feng, 40-an, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas menerima panggilan daripada penduduk yang tinggal berhampiran premis tersebut.
"Kesemua limau mandarin ini merupakan bekalan untuk seluruh Kelantan, dengan kebanyakan pasar raya di Kota Bharu mendapatkan bekalan dari gudang ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.
Beliau berkata, gudang berkenaan telah beroperasi selama kira-kira 40 tahun dan musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu, sekali gus dijangka menjejaskan bekalan limau mandarin sempena perayaan Tahun Baharu Cina kali ini.
"Selain limau mandarin, kesemua bekalan bawang yang disimpan di gudang ini turut musnah," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Mohd Fadhlizil Iqram Ahmad Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada 9.09 malam sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi.
Beliau berkata, pasukan pertama tiba pada 9.16 malam sebelum operasi pemadaman dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu dengan bantuan BBP Kota Darulnaim, BBP Tunjung serta Water Tanker BBP Pengkalan Chepa.
"Sebanyak lima jentera termasuk LFRT, FRT, ALP, Water Tanker dan EMRS digerakkan ke lokasi dengan kekuatan 11 anggota," katanya.
Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, selain operasi pemadaman terpaksa menggunakan skylift berikutan kesukaran memasuki gudang akibat runtuhan rak.
Beliau berkata, setakat ini, dua lori dan dua motosikal turut hangus terbakar manakala semua barangan di dalam gudang musnah sepenuhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gudang terbakar
#limau mandarin
#Tahun Baharu Cina
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan