awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gulai ayam disyaki punca 343 individu di sebuah kolej keracunan makanan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/07/2025
08:40 MYT
Gulai ayam disyaki punca 343 individu di sebuah kolej keracunan makanan
Mangsa dipercayai menikmati hidangan tersebut semasa makan malam pada hari Selasa. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Gara-gara gulai ayam, seramai 343 individu dalam kalangan pelajar kemasukan baru, ahli jawatankuasa dan kakitangan orientasi sebuah kolej mengalami keracunan makanan pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Seramai 343 individu termasuk pelajar dan kakitangan sebuah kolej mengalami keracunan makanan selepas menikmati gulai ayam yang disediakan oleh katerer luar semasa makan malam.
  • Mangsa mengalami gejala seperti sakit perut, cirit-birit, pening, loya, muntah dan demam, dengan organisma disyaki sebagai Salmonella Spp.
  • Wabak keracunan makanan diisytiharkan pada Rabu jam 3 petang selepas proses verifikasi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, mangsa menikmati hidangan tersebut semasa makan malam pada hari Selasa.
"Mengikut maklumat yang diperoleh, ia disediakan oleh katerer luar.
"Mereka mengalami gejala sakit perut (97.9 peratus), cirit-birit (82.2 peratus), pening (43.1 peratus), loya (35.8 peratus), muntah (9.6 peratus) dan demam (7.3 peratus)," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Menurut beliau, organisma yang disyaki adalah Salmonella Spp.
Ujarnya, wabak diisytiharkan pada Rabu jam 3 petang setelah setelah proses verifikasi dilakukan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#keracunan makanan
#Kelantan
#Kota Bharu
#pelajar kolej
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan