awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna air simpanan untuk minum dan masak, air tangki tidak sesuai - Guan Eng

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
09/01/2024
01:40 MYT
Guna air simpanan untuk minum dan masak, air tangki tidak sesuai - Guan Eng
Guan Eng ketika turun padang untuk memeriksa bau air yang disediakan di tangki-tangki simpanan air yang telah diatur. - Foto X/Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi saranan untuk orang ramai menggunakan air simpanan sendiri bagi tujuan minuman dan memasak menjelang gangguan air berjadual minggu depan.
Ahli Parlimen Bagan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu juga berkata, orang ramai perlu mengambil maklum mengenai air yang disediakan di tangki simpanan tetap tidak sesuai untuk tujuan minuman dan memasak.
"Harus diingatkan bahawa biarpun air yang dibekalkan ini tidak berbau, ia tetap tidak sesuai untuk kegunaan minuman ataupun bagi kegunaan memasak.
"Gunakan air yang disimpan untuk minuman dan kegunaan memasak. Bersama-sama mengharungi krisis air dengan berjayanya," katanya dalam satu muat naik di Facebook, pada Selasa.
Bagi memastikan kualiti air yg dibekalkan adalah terjamin, saya turun sendiri utk memeriksa bau air yg disediakan di tangki simpanan air yg diaturkan oleh pihak kami di Dewan MPKK Bkt Bendera, Dewan MPKK Kampung Baru & Dewan MPKK Tmn Reservoir dlm kawasan KADUN Air Putih. (1/3) pic.twitter.com/g4NGbWGosI
— Lim Guan Eng (@guanenglim) January 9, 2024
Selain itu, beliau yang juga bekas Menteri Kewangan turut turun padang untuk memeriksa bau air yang disediakan di tangki-tangki simpanan air yang telah diatur.
"Bagi memastikan kualiti air yang dibekalkan adalah terjamin, saya turun sendiri untuk memeriksa bau air yang disediakan di tangki-tangki simpanan air yang diaturkan oleh pihak kami di Dewan MPKK Bukit Bendera, Dewan MPKK Kampung Baru dan Dewan MPKK Taman Reservoir dalam kawasan KADUN Air Putih.
"Pemeriksaan serupa juga dijalankan dalam kawasan Parlimen Bagan.
"Sekiranya air yang anda simpan di rumah telah kehabisan, anda boleh mengambil air dari tangki air ini," ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan 590,000 akaun pengguna PBAPP bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual selama tempoh berkenaan susulan kerja pembaikan paip segera di Loji Rawatan Air Sungai Dua.
Topic Berkaitan
#air simpanan
#air tangki
#Lim Guan Eng
#gangguan bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan