KOTA BHARU: Tindakan tiga lelaki menggunakan dron untuk membawa masuk barang terlarang ke dalam kawasan Penjara Machang membawa padah apabila berjaya dicekup polis.
Dalam kejadian pada 12 Disember lalu sekitar jam 1.05 pagi, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang telah terima maklumat berhubung satu unit dron yang kelihatan diterbangkan dan menceroboh kawasan penjara.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dron tersebut dipercayai digunakan oleh pengendalinya untuk membawa masuk barang terlarang ke dalam kawasan Penjara Machang.
"Susulan itu, pihak kami telah berjaya mengesan peranti yang digunakan di kawasan berdekatan iaitu di Jalan Kuing Indah, Kampung Pangkal Meleret, Machang.
"Semasa serbuan dilakukan, tiga lelaki berusia 35 hingga 39 tahun bertindak tergesa-gesa masuk ke dalam sebuah kereta jenis Honda CRV dan memecut laju melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, bagaimanapun kesemua suspek berjaya ditahan di Jalan Utama Kuala Krai - Kota Bharu di Kampung Bukit Belah, Machang.
"Pemeriksaan yang dijalankan ke atas kereta dan tiga suspek membawa kepada penemuan 41 bungkusan kecil mampat disyaki tembakau, 20 biji mercun bola, 13 bungkusan tembakau dan alat kawalan jauh dron model rc123.
"Turut ditemui ialah lima unit telefon bimbit, dua unit power bank, satu bilah parang, sabit, alat penimbang digital, dua gulung dawai besi, plastik pembalut dan tiga gulung tali nylon berwarna kekuningan," katanya.
Muhamad Zaki berkata, mereka ditahan dan telah disiasat atas kesalahan Seksyen 447 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958.
"Pada 19 Disember lalu mereka telah dituduh di Mahkamah Majistret Machang dan telah mengaku bersalah untuk kesalahan di bawah seksyen 58(1) Akta Penjara 1995 baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Peraturan 140 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 (MCAR) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
"Pada 20 Disember, salah seorang daripada mereka dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu dan mengaku bersalah di bawah Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1957," katanya.
Menurut beliau, suspek dijatuhkan hukuman penjara lima tahun setiap satu pertuduhan serta satu sebatan dan hukuman berjalan serentak.
Dalam pada itu, Muhamad Zaki menasihatkan dan mengingatkan orang ramai bahawa menerbangkan dron tanpa permit atau tanpa kebenaran daripada Jabatan Penerbangan Awam adalah merupakan satu kesalahan.
Beliau menegaskan penggunaan peranti tersebut untuk tujuan jenayah adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan dari segi undang-undang yang ada.
"Kami tidak akan berkompromi dengan pelanggaran perundangan ini dan tindakan tegas akan diambil sewajarnya," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 29 2022

Polis percaya dron tersebut digunakan oleh pengendalinya untuk membawa masuk barang terlarang ke dalam kawasan Penjara Machang. - Gambar hiasan/BERNAMA

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

Syarikat korporat, individu disaran selaraskan bantuan Ramadan, Aidilfitri
Perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat.

7 tip khatam al-Quran di bulan Ramadan
Rebutlah ganjaran yang Allah tawarkan di sepanjang bulan penuh kemuliaan, Ramadan.

Paip pecah siap dibaiki, bekalan air pulih sepenuhnya 6 pagi Ahad
Air Selangor memaklumkan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2 telah siap dilaksanakan pada jam 6 pagi, pada Sabtu.

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Korea Utara uji dron nuklear dasar laut
Korea Utara menguji dron Haeil yang mampu membawa senjata nuklear dari dasar laut dan melancarkan ujian kepala peledak di Laut Jepun.

Washington dakwa dron 'Reaper' terhempas dipintas jet pejuang Rusia
Ia insiden pertama seumpamanya sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine lebih setahun lalu.

Rekod baharu pertunjukan dron terbanyak di Malaysia
Kejayaan itu sekali gus membuatkan Bulan Bintang berjaya tersenarai dalam Malaysia Book of Records.

R&D, teknologi tinggi termasuk industri dron antara komponen Belanjawan 2023 - Ahmad Maslan
Penyelidikan dan pembangunan dan teknologi tinggi termasuk industri dron adalah antara komponen dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Operasi SAR guna dron bantu kesan pelajar IPTS hilang di Pulau Mawar
Dron milik Pejabat Daerah Mersing digunakan pada hari pertama dan kedua operasi, manakala dron imej terma milik APM digunakan semalam.

40 notis saman lalu lintas di Kelantan dikesan melalui dron
JPJ Kelantan mengeluarkan 40 notis saman kepada pemilik kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan melalui pemantauan dron sejak semalam.

PDRM guna dron pantau trafik di Lebuhraya Utara Selatan
PDRM sentiasa komited dalam memastikan kelancaran lalu lintas untuk keselesaan dan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Guna dron bawa masuk barang terlarang ke penjara
Bahagian Siasatan Jenayah IPD Machang terima maklumat berhubung satu unit dron yang kelihatan diterbangkan dan menceroboh kawasan penjara.

Penamaan calon PRU15: Polis gerakkan 31,183 petugas, unit dron seluruh negara
Datuk Seri Hazani Ghazali berkata ia melibatkan tugas pemantauan oleh petugas beruniform dan tidak beruniform serta Unit Dron PDRM.

AS gesa Moscow kembali kepada perjanjian bijirin - Blinken
Pada Sabtu, Moscow menggantung penyertaan membabitkan perjanjian eksport bijirin susulan serangan dron Ukraine.