awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
Johor umum “hadiah” hampir RM17 juta sempena Tahun Baharu Cina
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna helikopter ambil 'nasi ganja', polis masih tunggu arahan lanjut

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/08/2021
06:21 MYT
Guna helikopter ambil 'nasi ganja', polis masih tunggu arahan lanjut
Pada 23 Julai lalu, sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi kandar popular yang lebih dikenali sebagai 'nasi ganja'. - Gambar fail
IPOH: Polis masih menunggu arahan berhubung kes sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh di sini, untuk mengambil bungkusan ‘nasi ganja’ pada bulan lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini belum ada arahan lanjut mengenai kes tersebut.
“Kita telahpun selesai jalankan siasatan… mereka-mereka yang terlibat secara langsung, tidak langsung dalam siasatan itu kita telah rakam percakapan dan kita telah merujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri ataupun kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak.
“Saya difahamkan juga kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan kita masih menunggu arahan daripada pihak Jabatan Peguam Negara, setakat ni belum ada arahan lanjut lagi,” kata Mior Faridalathrash.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan Bersama Warga Polis Diraja Malaysia peringkat negeri Perak pada Jumaat.
BACA: Guna helikopter ambil 'nasi ganja': Polis rakam keterangan 3 individu termasuk juruterbang, Datuk
BACA: Helikopter dapat kebenaran rentas negeri untuk diselenggara, bukan beli 'nasi ganja'
Pada 23 Julai lalu, sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi kandar popular di bandar raya ini yang lebih dikenali sebagai 'nasi ganja'.
Kehadiran helikopter yang dipercayai milik sebuah syarikat swasta itu mengejutkan orang ramai kerana ia terbang rendah di udara sebelum mendarat.
Dalam pada itu, Mior Faridalathrash berkata, polis juga telah mengenal pasti lokasi seorang lagi pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kompleks Rakan Muda Taiping di Kamunting pada Rabu malam.
Polis, katanya, yakin dapat menahan lelaki berkenaan dalam masa terdekat.
Pada Khamis polis mengesahkan menerima laporan mengenai tiga pesakit COVID-19 melarikan diri dari PKRC Kompleks Rakan Muda Taiping di Kamunting.
Dua daripada mereka berjaya ditahan semula manakala usaha mengesan seorang lagi sedang giat dijalankan.
Topic Berkaitan
#helikopter
#nasi ganja
#nasi kandar
#nasi kandar Ipoh
#Padang Ipoh
#Ketua Polis Perak
#Mior Faridalathrash Wahid
#polis perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan