KUALA LUMPUR: Kebebasan media membenarkan orang ramai bebas menyuarakan pandangan tetapi tidak memberi mereka hak untuk membuat kenyataan yang keterlaluan sehingga boleh mencetuskan kekacauan sosial, menurut pakar media.
Mereka berkata, isu sensitif menyentuh 3R (agama, kaum dan institusi diraja) yang menjejaskan perpaduan serta keharmonian negara mesti dielakkan dan media arus perdana perlu memainkan peranan penting dalam mendidik rakyat khususnya mengenai perundangan Malaysia.
Dr Sara Chinnasamy dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata memandangkan ledakan maklumat di platform media sosial maka penting bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengawal kandungan dalam talian untuk memastikan berita tidak benar dan kandungan yang boleh mendatangkan keburukan dapat dikurangkan.
"MCMC perlu mengkaji terutama daripada aspek penumpuan teknologi, mengemas kini peraturan dan undang-undang sedia ada mengikut algoritma serta rangka kerja terkini syarikat media sosial," kata penganalisis politik dan media sosial itu kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucaptama pada majlis Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2023 baru-baru ini menegaskan kerajaan tidak berganjak dengan pendirian untuk menjamin kebebasan media di negara ini, namun kebebasan itu tidak boleh digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian negara termasuk menyentuh isu 3R.
Dalam ucapannya, Anwar berkata kerajaan sentiasa mendukung dan mempertahankan hak serta kebebasan media dalam memberi teguran dan kritikan, malah semangat itu kekal sejak prakemerdekaan negara.
Sara berkata dalam usaha untuk mengukuhkan rangka kerja sedia ada tidak bermakna Malaysia akan menindas kebebasan media.
Dengan penggunaan dan capaian Internet semasa, beliau berkata orang ramai masih boleh mendapatkan maklumat melalui platform lain termasuk saluran media antarabangsa.
"Aspek paling penting di sini adalah memastikan kredibiliti media arus perdana kita dengan menghasilkan laporan yang adil dan seimbang sekali gus menghapuskan sebarang kelemahan yang mungkin mendorong orang ramai mencari sumber alternatif," katanya.
Sara berkata laporan media sepatutnya memberikan hak sama rata kepada semua individu untuk memastikan keyakinan orang ramai terhadap platform media arus perdana semakin meningkat, khususnya dalam menyebarkan berita yang relevan kepada masyarakat.
Pensyarah media dan komunikasi dari Universiti Teknologi Swinburne Sarawak Yugeetha Balan berkata Malaysia mengamalkan kebebasan media yang seimbang, tidak seperti negara tertentu yang mengenakan sekatan ketat terhadap wartawan dan melarang aktiviti demi kepentingan negara sekali gus mengehadkan kebebasan media.
Walaupun kod etika bertujuan mengekalkan amalan kewartawanan yang sihat, beliau berkata kempen literasi media terhadap maklumat palsu juga penting untuk memerangi isu itu.
"Literasi media tidak sepatutnya sekadar menumpukan kepada pembelajaran mengenai alat dan teknologi seperti kewartawanan data dan kecerdasan buatan (AI) tetapi juga harus melengkapkan masyarakat dengan kemahiran berfikir secara kritis untuk mampu membuat pertimbangan, menganalisis realiti dan membezakan antara pendapat dan fakta," kata Yugeetha.
Beliau berkata kedua-dua perkhidmatan media dan penyedia platform perkongsian video perlu bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan untuk menggalakkan pembangunan media literasi merentasi semua lapisan masyarakat dengan kemajuan dalam hal ini dipantau teliti.
Memetik contoh, beliau berkata pada tahun 2020 Facebook melancarkan Kempen Literasi Media untuk Membantu Mengesan Berita Palsu di 56 negara (termasuk semua 27 negara anggota EU) dan 27 bahasa bertujuan meningkatkan kesedaran serta mendidik orang ramai mengenal pasti berita tidak benar.
Dalam konteks Malaysia, beliau berpendapat pengukuhan kerjasama antara media dan organisasi seperti agensi media, institusi pendidikan, akademi dan persatuan pengguna akan memanfaatkan pengalaman serta kepakaran untuk menjangkau segmen penduduk secara lebih meluas dengan berkesan.
Bagi Felow Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi UiTM Dr Noor Nirwandy Noordin, aspek kebebasan media kekal berada dalam keadaan harmoni selagi berlandaskan kerangka Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Menurut beliau, etika media juga bertindak sebagai komponen penting khususnya kepada pihak yang tidak diwartakan sebagai media yang mempunyai struktur editorial dan penyuntingan berita yang baik seperti dilaksanakan oleh media arus perdana.
"Untuk itu, Malaysia memerlukan langkah pengawalan keselamatan yang dilaksanakan menerusi penguatkuasaan undang-undang bagi memelihara ketenteraman awam, keselamatan negara, mengelakkan perpecahan antara kaum dan memastikan keseimbangan negara.
"Maka, usaha kawal selia antaranya untuk mengekang penularan berita tidak benar dipertingkatkan oleh MCMC serta boleh disemak kesahihan menerusi portal Sebenarnya.my dan lain-lain perundangan berkaitan termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Noor Nirwandy berkata kebebasan media juga merujuk kepada peranan golongan itu sebagai watak pendamai atau agen moral yang memupuk kesepaduan antara rakyat dan pembentukan minda masyarakat bagi mewujudkan tamadun negara yang berasaskan nilai-nilai positif.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024
Aspek kebebasan media kekal berada dalam keadaan harmoni selagi berlandaskan kerangka Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain.