awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna kedudukan lantik syarikat suami, bekas ketua operasi GLC direman

Bernama
Bernama
10/01/2024
06:47 MYT
Guna kedudukan lantik syarikat suami, bekas ketua operasi GLC direman
Perintah reman terhadap wanita berumur 40-an itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan reman tiga hari bermula hari ini kerana disyaki menggunakan kedudukan bagi melantik syarikat suaminya untuk melaksanakan kerja-kerja pengangkutan.
Perintah reman terhadap wanita berumur 40-an itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.
Semalam, wanita itu ditahan pada 2 petang ketika hadir bagi memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.
Menurut sumber SPRM, kesalahan terbabit dilakukan pada 2022 dengan wanita berkenaan melantik syarikat milik suaminya sebagai syarikat subkontrak pengangkutan dan semua bayaran subkontrak berjumlah kira-kira RM280,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek.
Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GLC
#COO
#SPRM
#syarikat suami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan