Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Negeri Sembilan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Supt Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, laluan yang dijangka sesak melibatkan lapan daerah seperti Seremban, Tampin, Kuala Pilah, Jempol, Port Dickson, Jelebu, Rembau dan Nilai.
"Laluan yang dijangka sesak itu adalah Jalan Seremban-Kuala Pilah, Jalan Seremban-Tampin, Jalan Rasah, Jalan Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Plus Utara Selatan, Jalan Port Dickson-Seremban/ Melaka, Jalan Pantai Port Dickson, lampu Isyarat Pekan Gemencheh/Jalan Gemencheh Lama, Persimpangan Lampu Isyarat Kilometer 1 Pekan Tampin, Jalan Kuala Pilah-Seremban, Jalan Tampin-Kuala Pilah dan Jalan Bahau-Kuala Pilah.
"Selain itu Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang dari arah Simpang Pertang (Karak) menghala ke Kuala Pilah, Pekan Kuala Klawang, Tol Pedas-Linggi, Jalan Kota-Rembau, Lebuhraya Plus Arah Utara Selatan, Jalan Batang Benar-Pajam dan Lebuh Raya Arah Selatan Utara," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini,
Beliau berkata pengguna diminta menggunakan jalan alternatif seperti dari arah Kuala Pilah menggunakan Jalan Simpang Pertang-Kuala Klawang ke Seremban/Lebuhraya Lekas, Jalan Kuala Pilah-Tampin-Rembau ke Seremban/Lebuhraya Plus, Jalan Persiaran Senawang 1 terus ke Lebuhraya Plus atau melalui Lingkaran Tengah ke Lebuhraya Plus.
"Dari arah Jelebu melalui Jalan Jelebu ke Lekas, dari Arah Tampin/Rembau melalui Tol Pedas atau Tol Senawang, dari arah Labu melalui Tol Ainsdale/Tol Labu/Tol Nilai, Lebuhraya Plus ke arah Selatan melalui Tol Ainsdale-Jalan Seremban-Tampin-Tol Simpang Ampat ke arah Selatan, manakala Lebuhraya Plus ke Utara melalui Tol Simpang Ampat/Pedas ke Jalan Seremban-Tampin-Lebuhraya Plus/Lekas.
"Pengguna dari Port Dickson menghala ke Kuala Lumpur/ Melaka dan Johor dicadangkan guna Jalan Bypass Pasir Panjang seterusnya memasuki Pekan Pasir Panjang dan terus ke daerah Alor Gajah, Melaka mankala pengguna dari Port Dickson menghala Ke Kuala Lumpur/Utara laluan alternatif Lukut-Sepang bagi mengelakkan kesesakan bandar Seremban dan kesesakan Lebuhraya Plus Kawasan Seremban dan Nilai serta pengguna dari Seremban, menggunakan Lebuhraya SPDH ke Persimpangan lampu isyarat Betong, Jalan Pintasan atau ke bulatan Jururawat," katanya.
BACA: Pulang ke kampung Tahun Baharu Cina nanti? Ini cadangan waktu perjalanan buat anda
Tambahnya, pengguna diminta menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Simpang Sg Dua-Air Kuning di Km 37 Jalan Tampin-Gemas (Sebelum MRSM Gemencheh), Jalan Keru-Batu Belang di Km 8 Jalan Tampin-Gemas, Jalan Seremban-Tampin-Bukit Miku ke Kuala Pilah/ Jempol/ Pantai Timu, Jalan Jelebu-Kuala Klawang -Spg Pertang ke Karak/ Kuala Pilah/ Pantai Timur, melalui Seri Menanti-Senaling-Tampin dan laluan ke Melaka/ Seremban boleh melalui Jalan Kuala Pilah ke Tampin.
"Selain itu laluan dari arah Simpang Pertang (Karak) ambil Simpang kiri di Spg Serting Ulu/ Air Hitam Sampai Jalan Kemayan Bahau-belok kanan ke Pekan Bahau ikut Jalan Juaseh terus ke Kuala Pilah, laluan Ke Seremban/ Kuala Lumpur melalui Jalan Ulu Kanchung-Rantau.
"Dari arah utara melalui Tol Bukit Mahkota, dari arah Selatan melalui Tol Bandar Ainsdale atau melalui Tol Nilai, dari arah Batang Benar ke Seremban melalui Jalan Labu-Bandar Ainsdale atau Jalan Labu-Gadong- Sendayan," katanya.
Beliau berkata pengguna dinasihatkan mematuhi arahan lalu lintas dan petugas trafik yang bertugas, sepanjang sambutan Tahun Baru Cina ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 21 2020
Pengguna dinasihatkan mematuhi arahan lalu lintas dan petugas trafik yang bertugas, sepanjang sambutan Tahun Baru Cina ini - Foto BERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
NADI perlu dimanfaat secara optimum, lahir masyarakat inovatif
Masyarakat di Negeri Sembilan perlu memanfaatkan Pusat Sebaran Nasional (NADI) secara optimum bagi memperkasakan kemahiran pelbagai bidang seterusnya menjadi komuniti proaktif dan inovatif.
Negeri Sembilan perkenal insentif galakan padi
Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan insentif galakan padi di bawah peruntukan negeri untuk mengalakkan pesawah menjual hasil padi mereka kepada pusat belian tempatan di negeri itu.
Negeri Sembilan tiada halangan teruskan aktiviti penternakan babi di Bukit Pelandok
Kerajaan Negeri Sembilan tiada halangan dengan cadangan untuk meneruskan aktiviti penternakan babi berkeluasan 713.3 hektar di kawasan Pig Farming Area (PFA) di Bukit Pelandok, Port Dickson.
12 kertas siasatan terhadap GISB di Negeri Sembilan dibuka - Aminuddin
Sebanyak tujuh daripada 12 kertas siasatan berhubung syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Negeri Sembilan telah didakwa di mahkamah.
Negeri Sembilan saran kenakan bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan, Muzium Tentera Darat
Kerajaan Negeri Sembilan berpendapat supaya bayaran berpatutan perlu dikenakan bagi kemasukan ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson dan Muzium Tentera Darat.
Hanya syarikat berkemampuan dipilih terlibat industri REE - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan bersedia menerima mana-mana syarikat, termasuk pemilik tanah persendirian yang berminat mengusahakan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.
GISB: Negeri Sembilan kekal pendirian rujuk pewartaan sesat Al-Arqam - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan kekal dengan pendirian merujuk dan menggunakan pewartaan sesat bagi Penyelewengan al-Arqam pada 2016.
Pemain industri pelancongan perlu tonjolkan identiti Negeri Sembilan - Tan
Pemain industri pelancongan perlu menonjolkan sembilan identiti Negeri Sembilan yang merangkumi adat, seni bina, makanan tradisional, busana, bunga, muzik, tarian, lagu dan permainan tradisional.
Belanjawan 2025 angkat kepentingan rakyat - Aminuddin
Beliau berkata ia dilihat tertumpu kepada pengukuhan sektor ekonomi penting yang dijangka memberi hasil kepada negara dan memperbaiki kemudahan asas dalam pelbagai sektor.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 2 petang ini.