awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna masjid, surau sebagai PPS dibenarkan sekiranya perlu

Bernama
Bernama
11/01/2024
13:45 MYT
Guna masjid, surau sebagai PPS dibenarkan sekiranya perlu
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid (tengah) ketika melawat dan menyampaikan sumbangan daripada Baitulmal MAINJ kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Bukit Kuari Ayer Hitam. - Foto BERNAMA
BATU PAHAT: Penggunaan masjid dan surau sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir di negeri ini dibenarkan sekiranya keadaan memerlukan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata kebenaran berkenaan tidak pernah ditarik balik, setelah ia dilaksanakan pada banjir besar Mac tahun lepas.
Beliau berkata berkaitan penyediaan makanan serta penggunaan tabung masjid untuk perbelanjaan awal juga tetap sama sebagaimana yang diguna pakai seperti banjir yang lepas.
"Setakat ini, Alhamdulillah, keadaan banjir semakin pulih dan diharapkan tiadalah banjir besar sebagaimana yang berlaku pada Mac tahun lalu (2023) sehinggakan memerlukan masjid dan surau sebagai PPS.
Bagaimanapun, sekiranya berlaku perkara yang di luar jangkaan dan memerlukan penggunaan masjid sebagai PPS, tidak menjadi kesalahan dan dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Kuari, Ayer Hitam, dekat sini hari ini.
Sepanjang tempoh banjir kali ini, hanya satu masjid iaitu Masjid Kampung Tengah Renggam, di Kluang dibuka untuk dijadikan PPS yang menempatkan 97 mangsa daripada 40 keluarga, tetapi operasi PPS itu telah ditutup pada Selasa lepas.
Mohd Fared turut berkata bagi memudahkan urusan penyediaan makanan, jawatankuasa masjid dibenarkan menyediakannya pada hari pertama mangsa memasuki PPS sebelum diserahkan kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#masjid
#surau
#PPS
#banjir
#Mohd Fared Mohd Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan