Dua lelaki bersenjatakan tukul besi mengambil masa tidak sampai seminit untuk melarikan barang kemas bernilai RM20,000 dalam kejadian samun sebuah kedai emas di Jalan Besar, Pekan Beruas di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, kedua-dua suspek yang bertopeng bertindak memecahkan cermin pameran sebelum melarikan sejumlah barang kemas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, ketika kejadian, di dalam kedai emas hanya terdapat seorang lelaki berusia 60 tahun yang juga pemilik dan ibunya.
Menurutnya, ketika lelaki itu berada di kaunter, dua suspek yang memakai sarung muka, cermin mata serta sarung tangan menerpa masuk dan memecahkan kaca ruang pameran barang kemas dengan tukul.
"Suspek pertama yang berbadan gempal dan tinggi telah memasukkan tangannya ke dalam cermin kaca dan menarik beberapa utas gelang tangan emas sebelum melarikan diri.
"Seorang lagi rakannya turut bertindak serupa tetapi mangsa cuba menarik tangannya sebelum melarikan diri," katanya.
Anuar berkata, pemeriksaan mendapati terdapat 10 kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis berkenaan namun kesemuanya rosak dan sedang dalam proses untuk dibaiki.
“Kami sedang mengesan CCTV di kawasan berhampiran selain mendapatkan maklumat daripada saksi awam.
"Pihak Forensik D10 IPK Perak telah membuat siasatan di tempat kejadian namun tiada sebarang cap jari dapat ditimbulkan selain tiada sebarang kesan darah pada cermin kaca kaunter," ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Dec 21 2019

Keadaan kaunter jualan barang kemas yang pecah dalam kejadian rompakan di Jalan Besar, Pekan Beruas pada Sabtu. - PDRM

Awang Askandar berhasrat tubuh skuad ekstrem bantu negara dilanda bencana
Allahyarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub turut menzahirkan hasrat tersebut bagi membantu negara seperti Turkiye yang dilanda gempa bumi.

Rundingan damai di selatan Thailand tetap diteruskan walaupun kerajaan bertukar
Rundingan damai di selatan Thailand adalah agenda nasional dan ia akan diteruskan meskipun kerajaan bertukar.

Pengawal sempadan Taliban, Iran bertempur di sempadan Afghanistan - Laporan
Pasukan Taliban bertempur dengan pengawal sempadan Iran di sempadan Iran-Afghanistan pada Sabtu.

Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.

Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.

Tanzania sedia mesin layan diri tuala wanita di sekolah awam
Mesin layan diri akan membolehkan pelajar perempuan mengakses tuala wanita pada bila-bila masa dengan harga 200 syiling Tanzania

Masyarakat berbudi harus dimulakan oleh barisan pemimpin
Pembentukan sesebuah tamadun dilihat daripada ketinggian akhlak dan ia perlu dimulakan oleh barisan kempimpinannya.

Ahli Majlis digesa turun padang, aktifkan program banteras denggi
Ahli majlis yang dilantik PBT digesa agar aktif melakukan pemantauan dan kerja gotong-royong dalam komuniti mereka dalam usaha mengawal penularan wabak denggi.

MABA hanya benar seorang pemain naturalisasi di Sukan SEA Malaysia 2027
Hanya seorang pemain naturalisasi akan dibenarkan bagi setiap pasukan bola keranjang wanita di Sukan SEA Malaysia 2027.

MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September
MATA akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 dari 13 hingga 15 Sept.

Kes saman barang kemas: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 2 Jun
Rosmah perlu memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh tiga minggu dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 7 Jun.

Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas dirompak
Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas berdepan detik cemas apabila barangan bernilai lebih RM1 juta yang dibawa mereka dirompak di belakang sebuah kedai emas.

Syarikat barang kemas Lubnan saman semula Rosmah RM67.5 juta
Datin Seri Rosmah Mansor disaman lagi oleh Global Royalty Trading SAL dari Beirut, Lubnan untuk mendapatkan semula 43 barang kemas bernilai RM67.5 juta.

Polis buru lapan lelaki bertopeng, larikan kira-kira 3kg barang kemas
Seorang daripada suspek telah menumbuk muka mangsa beberapa kali dan memaksanya memberitahu di mana tempat wang disimpan sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam rumah.

77 perhiasan kuno Kemboja yang hilang dipulangkan
Ia terdiri daripada mahkota, rantai, gelang, tali pinggang, anting-anting dan azimat dan dihasilkan semasa zaman praAngkor dan Angkor.

Amah larikan wang tunai, barang kemas majikan bernilai RM14,000
Hasil siasatan mendapati suspek tidur di bilik tidur bahagian atas bersebelahan bilik tidur pengadu dan beg pakaian suspek masih ada.

OKU rugi RM4,000, amah larikan barang kemas
Mangsa telah membayar gaji sebanyak RM1,200 kepada suspek yang diambil bekerja awal bulan Disember tahun lepas.

Enam termasuk penjawat awam ditahan berkaitan kes barang kemas hilang di rumah kongsi
Mohd Yusri berkata, kesemua yang ditahan berumur antara 30 dan 59 tahun.

Amah curi barang kemas majikan diberkas
Suspek wanita telah direman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Baru kerja tiga bulan, pembantu rumah larikan barang kemas RM69,000 majikan
Suspek melarikan diri bersama pasport namun polis percaya dia masih berada dalam negara dan usaha menjejaki wanita itu kini giat dilakukan.