awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih sejuta penganut Hindu dijangka banjiri Pulau Pinang sempena Thaipusam 2026
Pesara kerajaan rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan saham tidak wujud
Australia gesa semua pihak sokong dialog di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunakan indikator tambahan sebelum benarkan rentas negeri - Pakar

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
07/10/2021
06:53 MYT
Gunakan indikator tambahan sebelum benarkan rentas negeri - Pakar
Sikap dan tanggungjawab dalam setiap individu juga adalah antara peranan terbesar dalam memastikan kadar jangkitan mampu dikawal sekiranya kebenaran rentas negeri itu akan dibenarkan kelak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kebenaran untuk merentas negeri boleh menggunakan kaedah atau indikator tambahan bagi memastikan ia lebih selamat dan terjamin.
Menurut Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan Profr Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin berkata ia kerana pelbagai faktor boleh mempengaruhi jangkitan COVID-19 yang tidak hanya bergantung kepada 90 peratus kadar imunisasi vaksin.
“Kita perlu perhalusi sebaik mungkin berkenaan kebenaran rentas negeri yang mungkin akan dilaksanakan tidak lama lagi. Ia kerana setiap negeri mempunyai risiko masing-masing yang berbeza.
“Contohnya seperti Sarawak yang melaksanakan imunisasi vaksin terbaik setakat ini, tetapi Sarawak juga mempunyai kadar jangkitan varian Delta yang tertinggi. Jadi kita tidak boleh gunakan satu kelonggaran sahaja untuk semua negeri," katanya ketika ditemu bual oleh Astro AWANI pada Khamis.
Dalam masa yang sama, beliau turut bersetuju jika pihak kerajaan menaikan peratusan kadar capaian vaksinasi daripada 90 peratus kepada yang lebih tinggi selain turut mengambil kira peratusan vaksinasi terhadap golongan remaja.
Selain itu katanya, kerajaan boleh meletakkan penanda aras bagi setiap negeri sebagai garis panduan seperti meletakan sasaran kurang daripada 500 jangkitan baharu sehari bagi membolehkan sebarang pergerakan rentas negeri dilakukan.
Dr Shamsul juga melihat bahawa sikap dan tanggungjawab dalam setiap individu juga adalah antara peranan terbesar dalam memastikan kadar jangkitan mampu dikawal sekiranya kebenaran rentas negeri itu akan dibenarkan kelak.
“Saya meletakan tiga perkara utama dalam kawalan kendiri jika rentas negeri itu nanti dibenarkan. Pertama mereka perlu melakukan ujian saringan COVID-19 secara peribadi menerusi alat ujian yang boleh didapati di farmasi sebelum melakukan perjalanan.
“Disiplin kendiri setiap individu itu perlulah diperkemaskan dari semasa ke semasa dan yang ketiga adalah setiap perjalanan itu mestilah mempunyai tujuan yang konkrit sahaja," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#COVID-19
#jangkitan
#pergerakan rentas negeri
#rentas negeri
#ujian saringan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan