TUMPAT: Lapan lokasi di Kelantan dikenal pasti berisiko berlakunya kejadian kepala air, tanah runtuh dan mendapan tanah berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.
Beliau berkata lokasi berisiko berlaku kepala air adalah Air Terjun Lata Rek, Gunung Stong dan Chuchuh Puteri di Kuala Krai manakala lokasi berisiko tanah runtuh adalah Jalan Kuala Betis-Lojing, Jalan Gua Musang-Lojing dan Lebuhraya Timur Barat Jeli-Grik.
"Mendapan tanah pula berisiko berlaku di Kampung Kubang Kuau, Bachok selain runtuhan tebing di Kampung Celagi, Pasir Mas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Ar-Rasyidin di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini hari ini.
Beliau sehubungan itu menasihatkan orang ramai atau pengguna jalan raya supaya berwaspada bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Katanya bilik gerakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan akan beroperasi 24 jam dan pihaknya bersama-sama pihak berkuasa tempatan juga sentiasa memantau kawasan berisiko terbabit.
Dalam perkembangan lain, Shafien berkata pihaknya telah memanggil lebih 10 saksi bagi membantu siasatan berkaitan kematian seorang lelaki yang juga orang kena tahan (OKT), baru-baru ini.
"Antara yang dipanggil termasuk anggota polis, orang awam dan rakan-rakan OKT yang berada di lokap sama. Keputusan laporan bedah siasat dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi," katanya.
Pada 16 Nov lepas, lelaki berusia 23 tahun itu sedang dirakam percakapan dan dokumentasi bagi membantu siasatan kes kecurian kenderaan di Pejabat Cawangan Bantuan Teknikal Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kelantan sebelum dilihat dalam keadaan bergetar dan mulut berbuih.
Pegawai dan anggota yang menjalankan proses rakaman percakapan itu bertindak membawa lelaki itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk rawatan sebelum lelaki terbabit meninggal dunia pada hari sama.
Kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan laporan bedah siasat oleh pakar forensik patalogi HRPZ II tidak dapat mengesahkan punca sebenar kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021
Polis menasihatkan orang ramai termasuk pengguna jalan raya supaya berwaspada bagi mengelak kejadian tidak diingini. - Gambar/ Bernama
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Situasi banjir di enam negeri beransur pulih, jumlah mangsa di PPS berkurangan
Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan berbanding malam tadi.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.
Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 82,059 orang, 322 PPS masih beroperasi di 7 negeri
Ia penurunan sebanyak 3,663 mangsa berbanding 85,722 orang yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.