awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gurauan rogol cubaan ubah pandangan umum - Mufti Pulau Pinang

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2021
08:13 MYT
Gurauan rogol cubaan ubah pandangan umum - Mufti Pulau Pinang
Menurutnya, sejak dahulu lagi pandangan umum terbentuk supaya membenci perbuatan yang boleh mengancam keselamatan awam atau perkara menimbulkan ketakutan serta keresahan dalam kalangan masyarakat. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Pandangan umum dilihat mempunyai kuasa dan berkesan bagi mencegah tindakan jenayah daripada berlaku dalam masyarakat.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, apabila pandangan umum berjaya dibentuk untuk membenci dan memandang jijik kepada tindakan atau perlakuan tertentu, maka secara automatiknya ia berperanan mencegah seseorang yang hendak melakukan kejahatan daripada meneruskan keinginannya, lapor Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, sejak dahulu lagi pandangan umum terbentuk supaya membenci perbuatan yang boleh mengancam keselamatan awam atau perkara menimbulkan ketakutan serta keresahan dalam kalangan masyarakat.
Jelasnya, ia termasuklah perbuatan merogol dan seumpamanya.
"Justeru seorang perogol sentiasa dipandang sebagai penjenayah yang serius dan dianggap sebagai pengganggu ketenteraman. Perbuatan ini mesti dikutuk sekeras-kerasnya.
"Pembentukan pandangan umum yang berkesan memang mempunyai banyak faedah dan keuntungan kepada negara.
"Ia bertindak sebagai 'polis' dalaman dan dengan itu dapat mengurangkan keperluan kepada pasukan keselamatan dalam membanteras perbuatan-perbuatan jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
BACA: Pelajar dakwa guru galak perbuatan rogol
BACA: 'Anak saya terima ugutan rogol" - Bapa pelajar dedah lawak rogol guru
Wan Salim berkata, pendedahan seorang pelajar di sebuah sekolah di Selangor yang mendakwa seorang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani bergurau secara keterlaluan mengenai rogol boleh dianggap sebagai satu percubaan untuk mengubah pandangan umum yang membenci perbuatan tersebut kepada memandangnya sebagai perkara normal.
Katanya, tindakan guru tersebut perlu dipandang serius oleh semua pihak.
"Kementerian Pendidikan perlu segera menyiasat kejadian ini dan jika didapati benar maka perlu diambil langkah-langkah berkesan bagi memastikan ia tidak berulang demi memelihara nilai-nilai akhlak supaya tidak terhakis yang akhirnya akan merugikan masyarakat dan negara," katanya.
Topic Berkaitan
#rogol
#Mufti Pulau Pinang
#guru
#pelajar
#pendidikan
#Wan Salim Wan Mohd Noor
#jenayah
#polis
#sekolah
#keselamatan
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan