awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru agama perlu dalami ilmu hadis - Raja Muda Perlis

Bernama
Bernama
17/02/2023
07:52 MYT
Guru agama perlu dalami ilmu hadis - Raja Muda Perlis
Menurut kenyataan itu baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Seminar Kepentingan Menilai Status Hadis anjuran Jabatan Mufti Negeri bersama MAIPs dan KUIPs di Auditorium KUIPs di sini. - Gambar fail
KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar guru agama di negeri ini mendalami ilmu hadis supaya segala maklumat yang disampaikan adalah benar.
"Tugas guru agama bukan sekadar mengetahui sesuatu hadis dan kemudian terus diajar kepada masyarakat, tetapi pada masa sama nilailah hadis tersebut supaya apa yang diamalkan itu benar," titah baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.
Menurut kenyataan itu baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Seminar Kepentingan Menilai Status Hadis anjuran Jabatan Mufti Negeri bersama MAIPs dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Auditorium KUIPs di sini.
Tuanku Syed Faizuddin, merangkap Yang Dipertua MAIPs bertitah melihat kepada kepentingan itu, Jabatan Mufti Negeri, KUIPs dan badan-badan agama yang lain di negeri ini mengorak langkah menganjurkan program keagamaan seperti ini dalam menyedarkan masyarakat tentang keperluan mempelajari ilmu agama melalui sumber yang sahih.
Sempena majlis berkenaan baginda turut berkenan melancarkan Buku Himpunan 50 Tazkirah terbitan Jabatan Mufti Negeri dan tarikh Perkampungan Sunnah Siri ke 8/2023 pada penghujung Mei ini.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#Koleh Universiti Islam Perlis
#MAIPs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan