awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru bakal bersara, luah rasa sunyi di media sosial jadi sasaran penipu

Bernama
Bernama
09/05/2025
07:00 MYT
Guru bakal bersara, luah rasa sunyi di media sosial jadi sasaran penipu
Penipu atau scammer menggunakan pelbagai taktik untuk menipu. - Gambar hiasan
JERTIH: Tindakan sesetengah guru memuat naik hantaran di media sosial, yang memberitahu tarikh mula bersara dan mempamerkan rasa sunyi, menjadikan mereka sasaran penipu yang akan berusaha mengambil kesempatan, kata Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Kamsah@Kamal Mohamed.

Ringkasan AI
  • Guru yang memuat naik hantaran di media sosial tentang tarikh bersara dan rasa sunyi menjadi sasaran penipu yang mengambil kesempatan.
  • Penipu menggunakan taktik seperti love scam, jenayah e-dagang, pinjaman tidak wujud, dan pelaburan tidak wujud. Data menunjukkan 609 mangsa dengan kerugian RM13.5 juta antara Januari 2023 hingga April 2025.
  • Program Pencegahan Jenayah Kewangan Dalam Talian diadakan untuk memberi panduan dan peringatan kepada warga pendidik bagi menghentikan ancaman penipuan ini.

Beliau berkata, penipu atau scammer, menggunakan pelbagai taktik untuk menipu, dan sejak kebelakangan ini ada banyak kes seumpama itu dilaporkan berlaku, yang membabitkan mangsa dalam kalangan guru atau pesara guru.
"Mereka menjadi sasaran penjenayah siber yang menipu dengan pelbagai cara, sama ada love scam, jenayah e-dagang, pinjaman tidak wujud atau pelaburan tidak wujud, dan data Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kategori jenayah dalam talian antara Januari 2023 hingga April 2025 adalah seramai 609 orang mangsa membabitkan kerugian RM13.5 juta.
"Daripada jumlah itu, difahamkan ramai mangsanya adalah guru dan pesara," katanya pada Program Pencegahan Jenayah Kewangan Dalam Talian (Online Scam) anjuran Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud, di sini hari ini.
"Diharapkan, kempen seperti ini dapat memberi panduan dan peringatan kepada warga pendidik, sekali gus menghentikan ancaman ini sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru
#kes penipuan
#mangsa penipuan
#love scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami