awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerbangan terus Qingdao-Pulau Pinang bermula 31 Mac - Exco
Kementerian Pertahanan perkukuh penggunaan digital dan AI - Khaled
Inisiatif pembiayaan KUSKOP perkukuh akses pembiayaan PMKS - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru dinasihat elak sertai program motivasi tidak diketahui pengisiannya - Fadhlina

Bernama
Bernama
14/07/2025
09:01 MYT
Guru dinasihat elak sertai program motivasi tidak diketahui pengisiannya - Fadhlina
Fadhlina berkata guru-guru seharusnya merujuk kepada kementerian bagi mendapatkan sokongan sewajarnya. - Gambar fail
NIBONG TEBAL: Warga Kementerian Pendidikan (KPM) dinasihatkan agar tidak terlibat dengan program motivasi anjuran pihak luar yang tidak diketahui dari segi pengisiannya.

Ringkasan AI
  • Kementerian Pendidikan menasihatkan warga KPM agar tidak menyertai program motivasi anjuran pihak luar yang tidak diketahui pengisiannya, termasuk program eHATI yang sedang disiasat polis atas dakwaan tidak bermoral.
  • Menteri Pendidikan menekankan agar guru merujuk kepada KPM untuk sokongan motivasi dan pembangunan, termasuk perkhidmatan kaunseling yang tersedia bagi menjaga integriti profesion perguruan.
  • KPM menyeru agar warga pendidik berhati-hati dan fokus kepada program dalaman yang sah dan sesuai, demi kesejahteraan serta profesionalisme dalam bidang pendidikan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata guru-guru seharusnya merujuk kepada kementerian bagi mendapatkan sokongan sewajarnya.
"Kita kalau boleh tidak perlu terlibat dengan program motivasi yang kita tidak tahu dari segi pengisian dan substance ini.
"Kita sepatutnya tumpukan perhatian kepada isu-isu kita di peringkat sekolah," katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Taman Widuri, di sini hari ini.
Beliau mengulas serta memberi nasihat kepada warga pendidik sekiranya terlibat dengan program motivasi rumah tangga (eHATI), yang menyasarkan golongan wanita bekerja serta berdepan krisis rumah tangga.
Fadhlina berkata KPM mempunyai pelbagai program pembangunan dan motivasi untuk guru, termasuk perkhidmatan kaunseling yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya.
"Kita tidak mahu guru-guru terbabit dengan program yang boleh menimbulkan keraguan atau menjejaskan integriti profesion perguruan. Banyak program pembangunan dalaman yang kita sediakan.
"Jadi nasihat saya, berhati-hati. Elakkan daripada menyertai program-program luar yang tidak sesuai. Tumpukan kepada motivasi dalam pendidikan kita," katanya.
Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan telah membuka kertas inkuiri bagi mengenal pasti kesalahan jenayah berhubung program motivasi rumah tangga eHATI, yang didakwa tidak bermoral.
Beliau berkata beberapa saksi akan dipanggil bagi mendapatkan pengesahan, termasuk melibatkan penggunaan air yang didakwa boleh mengkhayalkan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#eHATI
#program motivasi
#Fadhlina Sidek
#KPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan