awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru, kakitangan Kemas boleh berpolitik tapi jangan sampai abai tugas hakiki

Bernama
Bernama
27/01/2022
13:50 MYT
Guru, kakitangan Kemas boleh berpolitik tapi jangan sampai abai tugas hakiki
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama para hadirin pada Majlis Perjumpaan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Bangunan Persekutuan Greentown hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Guru dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) boleh berpolitik tetapi mereka dinasihat agar tidak mengabaikan tugas hakiki, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata petugas Kemas juga seperti rakyat biasa yang lain dan mereka bebas berkecimpung dalam bidang politik.
"Saya rasa itulah maksud Perdana Menteri. Sudah pasti kalau seorang guru sekolah berpolitik, jangan sampai tinggal bilik darjah.
"Sama juga macam petugas Kemas, jangan sampai abai tugas hakiki," katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Kakitangan Kemas Negeri Perak di Bangunan Persekutuan Greentown hari ini.
Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran kepada semua guru sekolah dan petugas Kemas di seluruh negara untuk berpolitik sebagai menghormati prinsip demokrasi.
BACA: Kerajaan benarkan guru, petugas Kemas berpolitik berkuat kuasa serta-merta - PM
Bagaimanapun, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata pihaknya bimbang jika kebenaran itu disalah guna atau disalah erti oleh pihak tertentu sehingga menjadikan penjawat awam sebagai alat politik, diugut dan sebagainya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru Kemas
#kakitangan Kemas
#Jabatan Kemajuan Masyarakat
#berpolitik
#tugas hakiki
#Menteri Besar Perak
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan