awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perolehan projek tentera : Beberapa syarikat terpilih 'dominasi' projek bernilai tinggi - SPRM
8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 - Fadhlina
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru mangsa penipuan rugi RM8,080 dalam dua jam

Bernama
Bernama
20/10/2019
04:00 MYT
Guru mangsa penipuan rugi RM8,080 dalam dua jam
Seorang wanita menyamar sebagai petugas Mahkamah Melaka memperdaya guru lelaki yang kerugian RM8,080.
Seorang guru lelaki menjadi mangsa penipuan tunggakan kad kredit menyebabkannya kerugian RM8,080 hanya dalam tempoh dua jam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Yusof berkata, mangsa yang berusia 30 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang menyamar sebagai petugas Mahkamah Melaka sekitar 10 pagi semalam ketika berada di Bandar Indera Mahkota, di sini.
"Mangsa dimaklumkan mempunyai tunggakan bayaran kad kredit sebanyak RM18,000 yang bagaimanapun dinafikan oleh mangsa sebelum talian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
"Ketika berurusan dengan ASP Teoh, mangsa telah menyerahkan maklumat akaun banknya termasuk nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian seperti yang diminta, kononnya bagi tujuan siasatan," katanya kepada pemberita, hari ini.
Mohd Wazir berkata, selepas beberapa minit, mangsa juga telah memberikan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) sebanyak dua kali kepada suspek.
Kemudian, katanya pada kira-kira pukul 12 tengah hari semalam mangsa telah memeriksa akaun banknya dan mendapati terdapat pemindahan wang sebanyak RM8,080 daripada akaunnya ke dalam akaun individu yang tidak dikenali.
Susulan itu, mangsa terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#akaun bank
#guru kerugian
#jenayah
#Kuantan
#Pahang
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan