awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru, pelajar madrasah didenda RM1,500, ceroboh hutan simpan

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
12/01/2022
08:29 MYT
Guru, pelajar madrasah didenda RM1,500, ceroboh hutan simpan
Seorang guru sebuah madrasah bersama pelajarnya, masing-masing didenda RM1,500 selepas mengaku bersalah atas kesalahan menceroboh Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi, Sik, Ogos tahun lalu.
SUNGAI PETANI: Seorang guru sebuah madrasah bersama pelajarnya, masing-masing didenda RM1,500 selepas mengaku bersalah atas kesalahan menceroboh Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi, Sik, Ogos tahun lalu.
Tertuduh Ismail Taib, 69, dan Kairulanuar Zulkifli, 34, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Najwa Che Mat di Mahkamah Sesyen Sungai Petani pada Rabu.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memasuki kawasan hutan tertutup di Kompartmen 23, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik tanpa memiliki permit untuk memasuki hutan simpanan kekal pada 23 Ogos 2021 kira-kira jam 11.30 pagi.
Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Subseksyen 47 (1) (c) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) yang diterima pakai oleh Negeri Kedah di bawah Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 47(4) Enakmen yang sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Naquiah Jusoh dan Naliatul Huzaimi Ab Rasip manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Kedua-dua tertuduh kemudiannya membayar denda berkenaan di Kompleks Mahkamah Sungai Petani.
Topic Berkaitan
#guru
#pelajar madrasah
#ceroboh hutan simpan
#Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan