awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru pondok, madrasah Pahang terima bantuan khas RM1,000 seorang

Sinar Harian
Sinar Harian
05/01/2025
02:45 MYT
Guru pondok, madrasah Pahang terima bantuan khas RM1,000 seorang
Seramai 650 guru yang berkhidmat di 134 pondok dan madrasah berdaftar di bawah MUIP akan menerima bantuan khas sekali bayar sebanyak RM1,000 setiap seorang. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seramai 650 guru yang berkhidmat di 134 pondok dan madrasah berdaftar di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan menerima bantuan khas sekali bayar sebanyak RM1,000 setiap seorang.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata pemberian tersebut melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM650,000.
Menurutnya, pengagihan bantuan itu bermula Khamis lalu dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang penghujung Januari ini.
“Ini kali pertama MUIP memberikan bantuan khas kepada guru-guru ini sebagai tanda penghargaan atas usaha murni pondok dan madrasah dalam memastikan aqidah pelajar dan umat Islam di Pahang terus terpelihara,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau turut memaklumkan bahawa selain bantuan khas ini, MUIP sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif sokongan lain untuk pondok dan madrasah di negeri ini.
Antara bantuan tersebut termasuk dermasiswa pondok, bantuan bencana, serta sokongan kepada program-program bersifat sekali bayar (one-off) dan sebagainya.
Asmadi menambah bahawa pemberian bantuan ini membuktikan komitmen MUIP dalam menyokong institusi pendidikan agama sebagai tonggak pembangunan ummah di Pahang.
“Kami mengiktiraf dedikasi pihak pengurusan pondok dan madrasah yang sentiasa mematuhi garis panduan MUIP, termasuk pelaksanaan modul standard dan memastikan pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bantuan khas
#guru pondok
#MUIP
#Asmadi Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan