awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM

Bernama
Bernama
08/02/2026
08:30 MYT
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
Jumlah kematian akibat denggi meningkat kepada tiga kes tahun lepas berbanding dua kes pada 2024. - Gambar hiasan
MELAKA: Kadar kematian kes (CFR) denggi di Melaka tahun lepas mencecah 0.29 peratus, melebihi sasaran 0.2 peratus yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk seluruh negara.
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata jumlah kematian akibat penyakit itu meningkat kepada tiga kes tahun lepas berbanding dua kes pada 2024.
"Pada tahun lepas, sebanyak 1,046 kes denggi direkodkan di Melaka, termasuk 38 wabak denggi, dua wabak hotspot dan tiga wabak berulang.
"Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput pula, sebanyak 98 kes direkodkan sepanjang tahun lepas menjadikan DUN itu sebagai kawasan yang merekodkan jumlah denggi tertinggi di Melaka, dengan dua wabak denggi turut dilaporkan," katanya di Taman Rambai Jaya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Majlis Perasmian Karnival Demi Paya Rumput dan Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes Bil 1/2026 Peringkat Melaka dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin.
Katanya pada tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 bagi melaksanakan Program MyMAT Komuniti serta peluasan pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia sebagai langkah tegas dan proaktif dalam menangani peningkatan kes denggi di beberapa daerah di Melaka.
Fairul Nizam berkata berkata jumlah itu sebahagian daripada peruntukan RM4.4 juta yang disalurkan di bawah Skim Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kesihatan Awam selaras slogan 'Melaka Sayang Rakyat, Demi Rakyat, Untuk Rakyat'.
"Kerajaan negeri juga terus memperkukuh langkah intervensi dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri dalam mempergiat pencegahan dan kawalan denggi, termasuk operasi pemusnahan tempat pembiakan nyamuk, pendidikan kesihatan serta penguatkuasaan berterusan di kawasan berisiko tinggi.
"Selain itu, penganjuran Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes amat signifikan sebagai langkah proaktif untuk memutuskan rantaian pembiakan nyamuk Aedes di Melaka di samping memperkukuh penglibatan komuniti setempat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#denggi
#Melaka
#kes kematian
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan