DENGKIL: "Saya hanya fikirkan tentang kertas jawapan peperiksaan anak-anak murid yang masih berada di dalam rumah," kata seorang guru yang sanggup meredah banjir kira-kira 600 meter bagi mengambil kertas peperiksaan akhir tahun di rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Chemperai di sini hari ini.
Ruzita Che Him, 52, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Changgang, Banting bersama suaminya, Baharuddin Mohd Yonan, 61, mengambil masa kira-kira sejam meredah banjir mencecah paras pinggang.
Menceritakan detik tersebut, Ruzita berkata hatinya tidak tenang apabila terpaksa meninggalkan kediaman pagi tadi tanpa mengambil kertas jawapan peperiksaan mata pelajaran Geografi pelajarnya.
"Saya sempat ambil kertas jawapan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi sahaja. Kertas jawapan Geografi pula, saya hanya sempat letak di tempat tinggi.
"Alhamdulillah dapat selamatkan kertas jawapan tersebut ," katanya yang mengajar pelajar Tingkatan 2 bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Menyifatkan banjir kali ini sebagai paling teruk berbanding tahun-tahun lepas, Ruzita berkata ia merupakan pengalaman mencemaskan sepanjang bergelar warga pendidik sejak 1996.
"Inilah pengalaman kali pertama saya meredah banjir. Memang tidak akan lupa. Apa yang penting semuanya selamat," katanya yang berasal dari Kelantan.
Beberapa lokasi di Sepang dilanda banjir sejak petang semalam susulan hujan lebat yang menyebabkan air Sungai Langat melimpah ke kawasan perumahan di sekitar Kota Warisan dan Dengkil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat 12 tengah hari tadi di Bandar Baru Salak Tinggi dan Dengkil bagi menempatkan mangsa terjejas.
Susulan kejadian itu, lima laluan di sekitar Sepang ditutup sementara waktu untuk semua kenderaan antaranya Jalan Labu Lanjut ke Taman Dataran Abadi, Jalan Kota Warisan ke Bandar Baru Salak Tinggi dan Jalan Bukit Changgang ke Bandar Baru Salak Tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Ruzita Che Him menceritakan pengalaman pertamanya meredah banjir bagi menyelamatkan kertas peperiksaan akhir tahun subjek Geografi anak muridnya ketika ditemui di Kampung Chemperai, Dengkil hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Guru redah banjir selamatkan kertas peperiksaan
Seorang guru sanggup meredah banjir kira-kira 600 meter bagi mengambil kertas peperiksaan akhir tahun di rumahnya yang dilanda banjir.