awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Windows File Explorer dikemas kini, lebih ringan untuk carian fail
MB Perlis umum potong gaji RM3,000, Exco RM1,500
Somaliland: Liga Arab gesa UNSC ambil tindakan tegas terhadap pengiktirafan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan

Bernama
Bernama
04/11/2024
11:55 MYT
Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas. - Gambar hiasan
JEMPOL: Seorang guru mengalami kerugian RM80,111 selepas diperdaya sindiket penipuan pekerjaan sambilan tidak wujud di sebuah laman sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata wanita berusia 57 tahun itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas di Batu Kikir di sini.
Beliau berkata guru itu kemudiannya berurusan dengan seorang individu melalui Telegram, yang mengarahkan wanita berkenaan membuka satu akaun digital untuk semakan keuntungan selain perlu selesaikan beberapa tugasan bagi mendapatkan keuntungan.
"Bagaimanapun wanita itu perlu membuat beberapa pembayaran bagi meningkatkan jumlah mata hasil kerja tugasan. Guru wanita itu kemudian membuat 13 transaksi ke pelbagai akaun bank yang diberikan hingga mengalami kerugian RM80,111," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata ibu lima anak itu telah membuat transaksi terakhir RM5,000 pada 30 Okt sebelum sedar telah ditipu dan membuat laporan polis pada keesokan harinya.
Hoo berkata setiap kali pengadu meminta mahu mengeluarkan wang, suspek memberikan pelbagai alasan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru ditipu
#mangsa penipuan
#sindiket penipuan
#kerja sambilan
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan