awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia

Guru sekolah memandu didakwa terima rasuah RM650 luluskan pelatih

Sinar Harian
Sinar Harian
28/08/2023
05:45 MYT
Guru sekolah memandu didakwa terima rasuah RM650 luluskan pelatih
Tertuduh K Rama Thevan, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas kertas pertuduhan dibacakan. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang guru sekolah memandu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan menerima rasuah RM650 bagi meluluskan ujian memandu pelatihnya pada tahun 2019 dan 2020.
Tertuduh K Rama Thevan, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Mengikut dua pertuduhan, tertuduh secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM350 dan RM300 daripada seorang lelaki sebagai upah untuk meluluskan ujian memandu perdagangan (GDL) sebelum ujian teori dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).
Ia sehingga menyebabkan lelaki terbabit lulus ujian teori vokasional GDL tersebut dan telah mendapat lesen vokasional GDL.
Kesalahan itu dilakukan pada 31 Disember 2019 dan 13 Februari 2020 di sebuah sekolah memandu di daerah ini.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Bagi pertuduhan pilihan pada tarikh dan lokasi sama, tertuduh menerima suapan RM350 dan RM300 daripada lelaki sama sebagai galakan bagi mendorong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu meluluskan ujian memandunya.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohammad Azriff Firdaus Mohammad Ali mencadangkan jaminan RM10,000 diberikan.
Rama Thevan yang tidak diwakili peguam merayu supaya wang jaminannya dikurangkan.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM8,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM pada hari Sabtu pertama setiap bulan sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes 20 September ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sekolah memandu
#Rasuah
#ujian memandu
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.