awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru tadika dan taska perlu diberi keutamaan terima vaksin COVID-19 - Fatimah

Afiezul Samit
Afiezul Samit
11/03/2021
09:45 MYT
Guru tadika dan taska perlu diberi keutamaan terima vaksin COVID-19 - Fatimah
Jelas Menteri Kebajikan Kesejahteraan Komuniti Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Datuk Seri Fatimah Abdullah, pemberian vaksin akan memudahkan guru di tadika dan taska melaksanakan tugas. -Gambar Fail
KUCHING : Guru tadika dan taska perlu diberikan keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19, kata Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Menurut Menteri Kebajikan Kesejahteraan Komuniti Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) itu, ini kerana mereka sentiasa berada berdekatan dengan murid dalam melaksanakan tugas.
"Kalau di taska misalnya, kanak-kanak atau bayi perlu digendong, dipegang dan dimandikan. Jadi jarak itu rapat.
"Apabila bayi menangis, guru tidak akan membiarkan mereka begitu sahaja. Jadi saya berharap, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan mempertimbangkan perkara ini," katanya.ketika ditemui Astro AWANI di tadika Sinaran Astana di Kuching pada Rabu.
Tambahnya, golongan guru taska dan tadika perlu dilihat sebagai petugas barisan hadapan.
Ujarnya, buat masa ini, perkara tersebut sudah diutarakan kepada pihak JPBN Sarawak.
Sementara menunggu maklum balas, Fatimah turut mengingatkan pengendali tadika dan taska untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bagi guru tadika yang ditemui pula, mereka amat mengalu-alukan cadangan Menteri KWKPK itu.
Jelas Siti Mariam Yahya, seorang guru yang berkhidmat di tadika Sinaran Astana, pemberian vaksin dapat menjamin keselamatan diri dan anak didik.
"Bagi kanak-kanak susah untuk mereka mengikut SOP kerana mereka manja dan memerlukan banyak sentuhan," kongsinya.
Pendapat itu turut dikongsi Nana Shahkina Julaihi yang mengajar di tadika yang sama.
"Vaksin yang akan diberikan kepada pengajar akan membuatkan ibu bapa lebih yakin menghantar anak mereka ke tadika tanpa sebarang kebimbangan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Fatimah Abdullah
#KWKPK
#pandemik
#COVID-19
#Pemberian Vaksin
#JPBN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan