MALAYSIA
Guru tadika rugi lebih RM100,00 ditipu dua sindiket

Mangsa membuat pelbagai transaksi termasuk menjual barang kemas dan membayar deposit kepada lima akaun bank. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang guru tadika wanita mengalami kerugian RM108,703 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja dalam talian dan ejen pinjaman wang tidak wujud.
Ringkasan AI
- Guru tadika kerugian lebih RM108,000 selepas diperdaya sindiket kerja dalam talian dan pinjaman palsu yang menjanjikan ganjaran dan pekerjaan sambilan.
- Mangsa membuat pelbagai transaksi termasuk menjual barang kemas dan membayar deposit kepada lima akaun bank, namun tidak menerima sebarang wang seperti dijanjikan.
- Mangsa membuat laporan polis dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan penipuan.
"Mangsa juga ditawarkan kerja sambilan iaitu dengan hanya menekan pautan produk dan follow bagi mendapatkan ganjaran besar.
"Bagaimanapun suspek mendakwa kononnya mangsa terlewat menyelesaikan tugasan diberikan dan perlu membayar denda bagi mendapatkan semula ganjaran atau upah yang dijanjikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata mangsa yang terperdaya telah menggunakan semua wang simpanan dan hasil jualan barang kemas untuk membuat beberapa transaksi ke akaun berbeza dalam tempoh 1 hingga 3 Julai lepas, namun masih diarahkan membuat bayaran tambahan sebanyak RM75,000.
Beliau berkata mangsa yang terdesak, cuba membuat pinjaman segera melalui dua ejen pinjaman (Along) yang ditemukan di Internet dan telah membuat bayaran deposit kepada lima akaun bank berbeza, malangnya tiada pinjaman yang diterima.
"Ejen pinjaman wang tersebut mengarahkan supaya mangsa membuat sejumlah bayaran terlebih dahulu kononnya sebagai yuran dan wang proses. Namun setelah bayaran dibuat, mangsa tetap tidak memperoleh wang seperti dijanjikan.
"Mangsa yang menyedari ditipu oleh dua sindiket telah membuat laporan petang semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami