awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
Sabah jana RM8.74 bilion hasil pelancongan 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aminuddin ganti Rafizi dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Luqman Hariz
Luqman Hariz
28/08/2025
09:07 MYT
Aminuddin ganti Rafizi dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Usul yang dibawa oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran itu diluluskan dengan undian majoriti Ahli Parlimen. - Foto Sinar Harian/Parlimen Malaysia
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk melantik Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun ke dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP).
Menteri Besar Negeri Sembilan itu menggantikan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam jawatan tersebut.
Usul yang dibawa oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran itu diluluskan dengan undian majoriti Ahli Parlimen.
Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh lima lagi Ahli Parlimen iaitu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya), Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (PH-Seremban), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Amalina Othman Said (BN-Pengerang), ketua pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).
JPKP berperanan sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap dasar serta pelaksanaan kerajaan di peringkat parlimen.
Ia ditubuhkan bagi memastikan perjalanan demokrasi yang lebih telus, selain memberi ruang kepada wakil rakyat kerajaan dan pembangkang untuk menilai dasar yang digubal secara bipartisan.
Jawatankuasa itu sebelum ini melihat pelbagai isu berkait perubahan dasar kerajaan, termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024, RUU Anti-Lompat Parti, kes tuntutan waris Sultan Sulu, serta pemisahan kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Aminuddin Harun
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan