KOTA KINABALU: Seorang wanita meninggal dunia dipercayai selepas terjun daripada tingkat empat sebuah bangunan di Lintas Plaza, pada Jumaat.
Wanita berusia 50 tahun itu dilaporkan berdiri di kawasan tempat letak kereta bertingkat sebuah bangunan sebelum bertindak terjun, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang merupakan seorang guru tadika, memasuki bangunan berkenaan pada jam 7.10 dan meletakkan kenderaannya di tingkat empat.
Menurutnya, mangsa kemudian dipercayai terjun ke bawah dan disedari orang awam yang kemudiannya telah menghubungi pihak polis.
“Polis menerima laporan daripada orang awam pada jam 8.05 pagi dan sepasukan polis terus dikerah ke lokasi kejadian.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal yang dilakukan, pasukan forensik polis hanya menemui beberapa kesan kecederaan pada badan mangsa, dipercayai impak terjatuh dari tempat tinggi.
Jelasnya, tiada senjata ditemui di lokasi yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk menjalani ujian saringan COVID-19, sebelum proses bedah siasat.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Jan 21 2022

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk menjalani ujian saringan COVID-19, sebelum proses bedah siasat. - Ihsan pembaca.

Mahkamah | Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul warga emas
Seorang juruteknik sebuah syarikat automotif yang tular memukul lelaki warga emas, Ahad lalu, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

HFMD | 17 taska, pusat jagaan ditutup di Kelantan
17 taska dan pusat jagaan kanak-kanak diarahkan menutup operasi hari ini, susulan peningkatan kes penyakit tangan kaki dan mulut HFMD di Kelantan. Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes HFMD di negeri itu kini mencecah 3,726 kes setakat semalam.

Letak Jawatan | Keputusan Zuraida Kamaruddin tidak jejas Perikatan Nasional
Pas yakin peletakan jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin tidak menjejaskan Perikatan Nasional. Presidennya,Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebagai sebuah negara demokrasi sesiapa sahaja bebas membuat keputusan untuk menyertainya. katanya, pemimpin boleh datang dan pergi.

Pemalsuan Dokumen | Peguam akan buat rayuan
Datuk Peter Anthony ketika ditemui selepas selesai prosiding memberitahu, peguamnya akan membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Sesyen itu. Terdahulu, Hakim Azura Alwi membenarkan penangguhan bagi hukuman penjara sementara rayuan, namun tertuduh perlu menjelaskan denda RM50 ribu hari ini.

Imran Khan beri tempoh 6 hari untuk Pakistan umum tarikh pilihan raya
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Khamis memberi tempoh enam hari kepada kerajaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya baharu.

Games Bagus | Memperkasakan penciptaan permainan di Malaysia
Memperkasakan penciptaan permainan di Malaysia dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dengan mencetuskan kesedaran mengenai isu semasa. Itu keunikan program Games Bagus dianjurkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia dengan kerjasama Biji-biji Initiative dan Synapze.

Hajiji gesa GLC bayar dividen RM1 juta mulai tahun ini
Hajiji gesa GLC Sabah membayar dividen sekurang-kurangnya RM1 juta kepada kerajaan negeri mulai tahun ini.

Pelancongan | Cuaca tidak menentu tak jejas kemasukan pelancong - Nancy
Perubahan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini tidak akan menjejaskan kemasukan bilangan pelancong dari luar ke dalam negara, jelas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri

Banjir Kilat | Tingkatkan sistem perparitan di Kuala Lumpur untuk tangani banjir kilat
Longkang-longkang tersumbat terutama di kawasan-kawasan pembinaan dan pasar merupakan punca utama berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

Ketetapan untuk tindakan menyatukan bangsa
Sidang Penyatuan Bangsa anjuran Majlis Perundingan Melayu capai kata sepakat usaha yang perlu diambil untuk mengukuhkan jihad.

Wanita maut ditimpa serpihan patung batu
Wanita berusia 51 tahun maut selepas ditimpa serpihan patung batu yang terjatuh dari bahagian atas bangunan sebuah kuil di Buntong, Ipoh, pagi ini.

Pengawal keselamatan wanita maut dirempuh lori sewaktu ke tempat kerja
Seorang pengawal keselamatan wanita maut selepas motosikal ditunggangi dilanggar sebuah lori di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth.

Wanita maut, enam lagi cedera kereta terbabas di LPT
Kenderaan jenis Toyato Avanza yang dinaiki mangsa dipercayai terbabas di Kilometer 196 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Gambang.

Tragedi pagi Aidilfitri, wanita maut, suami dan anak cedera, kereta terbabas langgar pokok di Kuala Perlis
Siasatan awal mendapati tiada kesan brek di lokasi kejadian dan keadaan cuaca baik serta jalan kering.

Wanita maut, dua kanak-kanak cedera, kereta terbabas langgar pokok
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Hyundai telah terbabas melanggar sebatang pokok.

Kes bunuh kekasih: Polis masih siasat punca sebenar wanita dipukul YouTuber hingga mati
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan.

Wanita maut dikelar: Polis tahan teman lelaki, cemburu dipercayai jadi punca
Ujian air kencing terhadap suspek yang bekerja sebagai pemandu lori adalah negatif dadah dan pihak polis sedang meneruskan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Wanita maut langgar kerbau
Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, Lee Chiew Li meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Motosikal terbabas, wanita maut digilis lori
Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 7.50 pagi apabila motosikal jenis Honda Wave itu dalam perjalanan menuju Ipoh.

Guru tadika wanita maut terjatuh dari tingkat empat Lintas Plaza Kota Kinabalu
Seorang wanita meninggal dunia dipercayai selepas terjun daripada tingkat empat sebuah bangunan di Lintas Plaza, pada Jumaat.